Sukan Sea: Cabaran atlet negara hadapi London 2012

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini mengingatkan atletatlet yang terlibat dalam program Cabaran 2010 dan Road to London 2012 supaya mempamerkan prestasi tinggi pada temasya Sukan SEA di Laos atau diketepikan daripada program masing-masing.

Ketua Bahagian Persediaan Atlet Elit MSN Ariffin Mohd Ghani berkata memandangkan Sukan SEA adalah temasya yang lebih rendah standardnya, atlet dalam dua program itu perlu cemerlang.

"Jangan pula atlet pada ranking dunia tewas kepada atlet lebih rendah tarafnya," katanya kepada pemberita selepas beliau dan ChefdeMission Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz memberi taklimat kepada penguruspengurus pasukan Malaysia ke Sukan SEA di Laos dari 9 hingga 18 Dis ini, di sini.

Program Cabaran 2010 ialah bagi atlet yang disasarkan untuk bertanding pada dua kejohanan besar pada tahun hadapan, iaitu Sukan Komanwel di New Delhi, India dan Sukan Asia di Guangzhou, China manakala program Road To London ialah program bagi mencari pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Olimpik di London pada 2012. Ariffin berkata walaupun Kementerian Belia dan Sukan (KBs) cuma mensasarkan kutipan antara 35 hingga 40 pingat emas dari Laos, sasaran yang dianggap realistik itu adalah bagi kesemua 21 sukan yang ditandingi Malaysia daripada 25 sukan yang dipertandingkan.

"Bagi empat sukan di bawah program Road to London 2012 iaitu badminton, memanah, berbasikal dan terjun, tiada alasan untuk mereka tewas kepada lawan yang lebih rendah tarafnya," katanya.

Beliau berkata Sukan SEA akan dijadikan kayu pengukur untuk menilai atlet dalam dua program tersebut sebelum dibenarkan memasuki Fasa Tiga pada tahun hadapan.

Sementara itu, Ramlan berkata sasaran 35 hingga 40 emas oleh KBS dan 40 emas oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebenarnya boleh dicapai oleh kontinjen Malaysia.

"Walaupun jumlahnya tampak berbeza tetapi sasaran itu tidak jauh bezanya kerana bagi saya yang lebih penting ialah mengukur sejauh mana kejayaan seseorang atlet itu berdasarkan prestasi peribadi atau prestasinya mengikut musim.

"Saya secara peribadi tidak menilai pingat yang dikutip tetapi lebih kepada pencapaian keseluruhan," katanya.

Ramlan berkata sasaran sebenar pingat emas yang boleh diperolehi di Laos hanya akan diketahui pada mesyuarat bersama pengurus dan jurulatih sukan ke Sukan SEA pada hujung bulan ini. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan