suria

Syarikat pengurusan akan dedah punca kematian Park Bo Ram, minta tunggu upacara pengebumian selesai

Punca kematian Bo Ram masih disiasat.

SYARIKAT pengurusan penyanyi Park Bo Ram mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dengan niat jahat berhubung kematian penyanyi berkenaan pada Khamis lalu.

Xanadu Entertainment berkata, pihak syarikat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sebagai menghormati pemergian mendiang secara mengejut sebelum ini.

"Pihak syarikat, keluarga dan kenalan rapat mendiang turut terkejut dan terkesan dengan pemergian Park Bo Ram.

"Kami mohon sesiapa yang ada memuat naik kenyataan, foto atau pun video berkaitan kematian mendiang sila padam atau berdepan tindakan," kata wakil syarikat berkenaan kepada media di Korea Selatan.

size NP 1 - 2024-04-14T133413.273

Agensi akan ambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah punca kematian Bo Ram.

Dalam pada itu, Xanadu Entertainment memberitahu pihak mereka akan mengumumkan sendiri punca kematian Bo Ram, 30, apabila tiba masa sesuai.

Buat masa ini, pihak syarikat dan keluarga mahu menyelesaikan urusan pengebumian mendiang terlebih dahulu.

Malam Khamis lalu, Bo Ram ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas kediaman rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi OST ‘Reply 1988’ meninggal dunia, ditemukan tak sedarkan diri dalam tandas rumah kawan

ARTIKEL BERKAITAN: Seo In Guk, Park Bo Ram berpisah selepas dua tahun bercinta

Penyanyi berkenaan yang dikejarkan ke Hospital Guri Universiti Hanyang di Seoul bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 11.17 malam hari sama.

Untuk rekod, Bo Ram mula dikenali selepas menyertai program SuperStar K2 pada 2010 dan muncul secara rasmi sebagai penyanyi pada 2014 menerusi lagu popularnya Beautiful.

Bo Ram juga turut terkenal sebagai penyanyi lagu runut bunyi (OST) drama popular Reply 1988 iaitu Hyehwadong dan Please Say Something.

Mendiang turut dilaporkan sedang dalam proses persediaan membuat kemunculan semula termasuk meraikan ulang tahun ke-10 penglibatannya dalam bidang seni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain