Perbelanjaan PKS Bagi Produk Keselamatan Cecah RM340 Juta

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 2:29 PM

Samu Kottinen

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan ke atas produk keselamatan  oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada tahun ini dijangka mencecah RM340 juta dan meningkat kepada RM500 juta pada 2017, menurut F-Secure Corporation.

Ini dijangka menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan operasi yang cekap, kata Ketua Pegawai Eksekutif Samu Konttinen.

Beliau juga berkata model perniagaan syarikat yang berpangkalan di Eropah di Malaysia itu antara yang boleh diguna pakai oleh PKS, yang merupakan tulang belakang ekonomi negara.

"Kami bekerjasama rapat dengan penjual semula dan pengedar tempatan dalam menjual produk kami di sini. Jabatan kerajaan di Malaysia turut mengetahui mengenai produk F-Secure," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Konttinen berkata pada tahun lepas, F-Secure melancarkan perkhidmatan perlindungan untuk perniagaan, iaitu platform berasaskan awan yang menawarkan kepada syarikat kelebihan yang diperlukan untuk lebih produktif, pada masa sama menjimatkan kos.

Beliau juga berkata pasaran Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk portfolio penuh syarikat bagi penyelesaian premis untuk bank dan syarikat insurans.

Sementara itu, ditubuhkan di Malaysia selama hampir 10 tahun, F-Secure menjadikan Malaysia sebagai hab keselamatan siber di rantau Asia.

"Selain kelebihan yang ketara seperti kerajaan mesra pelaburan, kami mendapati Malaysia sesuai untuk pendekatan yang menyeluruh.

"Di samping kumpulan tenaga kerja tempatan sedia ada, F-Secure bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memastikan pembangunan berterusan kumpulan tenaga kerja tempatan yang berdaya maju," kata Konttinen.

Daripada seorang pekerja kepada 200 orang hari ini, jurutera keselamatan F-Secure mengesan dan menganalisis ancaman setiap hari, menghalang penjenayah siber menggunakan virus dan malware untuk keuntungan.

Sebaik ancaman baharu dikesan, jurutera ini segera merangka dan mengeluarkan kod atau atur cara baharu yang dihantar kepada pelanggan di seluruh dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan