Kampung Tok Ajam Bakal Jadi Pengeluar Udang Galah, Ikan Air Tawar

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 12:59 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Jabatan Perikanan Kelantan melepaskan kira-kira 73,000 ekor anak ikan dan udang galah di sungai Kampung Tok Ajam, Jelor di sini, sebagai usaha menjadikan kampung itu pengeluar ikan dan udang galah.

Pengarahnya Mohd Zin Saad berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 60,000 ekor adalah anak udang galah, 10,000 ekor anak ikan lampam dan 3,000 ekor anak ikan baung.

"Ikan baung dan ikan lampam dipilih bagi memberi peluang kepada penduduk menghasilkan ikan pekasam manakala udang galah sebagai pendapatan sampingan harian mereka," katanya kepada pemberita di kampung berkenaan di sini, Selasa.

Mohd Zin berkata projek tersebut akan memberi faedah kepada lebih 70 nelayan air tawar di kawasan berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, penduduk di kawasan itu meraih tangkapan sebanyak 4,625 kilogram bernilai kira-kira RM115,000 terutama udang galah dan ikan berkenaan, dalam tempoh sebulan dari sungai sepanjang lima kilometer itu.

Katanya ikan lampam dan ikan baung dijadikan ikan pekasam yang dipasarkan di Pasir Puteh, Tanah Merah dan Machang.

Sementara itu, Pengerusi Pasukan Sukarelawan Perikanan (Super) Kampung Tok Ajam, Mat Daud Mamat, 52, berkata Jabatan Perikanan Kelantan banyak membantu anggotanya termasuk pemberian bot, pukat, pejabat operasi dan kaedah pemprosesan ikan pekasam.

"Sebanyak 18 anggotanya menerima elaun nelayan darat sebanyak RM200 sebulan," katanya.

Beliau berkata pihaknya bercadang meningkatkan pengeluaran ikan pekasam untuk pasaran di seluruh negeri ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan