Petronas Tawar Hadiah Eksklusif F1

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 4:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas akan menghadiahkan sejumlah 450 barangan ekslusif Pasukan Formula Satu Mercedes AMG Petronas dalam kempen "Race To Win' untuk anggota Kad Mesra Petronas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata kempen itu menghargai pelanggan yang kekal  setia kepada jenama Petronas.

"Pelanggan perlu berbelanja minimum RM40 ke atas bahan api Petronas Primax dan meleretkan Kad Mesra di stesen Petronas seluruh negara.

Untuk yang bukan pemegang Kad Mesra, mereka boleh memohon menjadi anggota untuk menyertai kempen ini, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Kempen yang bermula semalam akan berakhir 10 Oktober ini dan pemegang Kad Mesra berpeluang mendapat hadiah terdiri daripada pakaian berjenama Formula Satu AMG Petronas dan Kad Hadiah Petronas.

Mohd Ibrahimnuddin berkata bahan api terkemuka Petronas itu boleh didapati di lebih 1,000 stesen Petronas seluruh negara, dengan sokongan lebih 760 stesen diiringi Kedai Mesra untuk mengisi minyak, makan, membeli-belah, mendapatkan perkhidmatan bank, spa kereta dan perkhidmatan lain, di bawah satu bumbung. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Petronas

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan