Dana Eksport Perkhidmatan RM350 Juta Diluluskan - Matrade

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 6:49 PM

Matrade
(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM350 juta di bawah Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) bagi membantu syarikat-syarikat Malaysia melabur dalam projek-projek di luar negara.

Pengarah Bahagian Perkongsian Antarabangsa Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Amran Yem berkata dana berkenaan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah bermula pada Mei tahun ini.

"Matrade akan menyemak permohonan pemohon untuk memastikan projek berkenaan berdaya maju dan juga untuk memastikan pelaburan yang dicadangkan itu boleh mencapai kadar kejayaan 50 peratus," katanya kepada Bernama selepas taklimat bersama syarikat-syarikat dan ahli perniagaan Sarawak mengenai Program Perkongsian Antarabangsa Matrade.

Matrade merupakan urusetia SEF. 

Sebelum itu, Amran memberitahu pemberita bahawa Matrade menggalakkan  syarikat-syarikat Malaysia membuat pelaburan jangka panjang di pasaran terpilih di peringkat global, terutamanya di negara-negara anggota Asean dalam pelbagai produk dan perkhidmatan.

Beliau berkata pasaran sasaran kedua ialah Afrika diikuti oleh Asia Barat dan Asia Tengah, dan menambah bahawa Matrade telah berjaya dalam membantu syarikat tempatan termasuk lima dari Sarawak.

"Program ini sangat fokus dan selektif kerana tidak semua syarikat yang mampu melabur di luar negara kerana ini merupakan satu perkongsian strategik jangka panjang yang keputusan boleh diraih dalam tempoh satu atau dua tahun, " katanya.

Beliau berkata Matrade telah menyenaraikan beberapa projek di negara-negara di mana syarikat Malaysia boleh melabur.

Amran juga menasihatkan syarikat-syarikat Malaysia yang ingin melabur di luar negara supaya memanfaatkan Matrade untuk urusan mudah dengan syarikat-syarikat asing dan kerajaan negara itu.

"Kami akan membantu mereka dalam mesyuarat awal dan perbincangan dengan rakan negara-negara luar. Kami akan menyediakan kepakaran dan maklumat tertentu mengenai projek-projek yang menjadi sasaran, "kata Amran.

Sementara itu, beliau berkata syarikat-syarikat dari Sarawak mempunyai rekod prestasi yang baik di luar negara berbanding dengan syarikat di Semenanjung Malaysia dengan kadar kejayaan yang lebih daripada 50 peratus.

Beliau berkata pada masa kini jumlah pelaburan luar negeri oleh syarikat Malaysia berjumlah kira-kira RM450 bilion, yang melibatkan lebih 100 syarikat.

Mengenai sebab negara-negara Afrika yang menjadi sasaran, Amran berkata pelaburan di negara-negara seperti Kenya dan Nigeria mempunyai kadar kejayaan yang lebih tinggi walaupun negara Asean masih akan menjadi keutamaan.

Beliau berkata terdapat banyak peluang yang wujud di negara-negara di Afrika dan Asia Barat terutamanya dalam sektor pembinaan, perumahan dan penjagaan kesihatan.

Beliau berkata Matrade menyasarkan tiga lagi syarikat dari Sarawak untuk menyertai program ini sebagai tambahan kepada tiga yang berjaya di Asia Barat dan Asia, yang terlibat dalam projek-projek infrastruktur.

Amran berkata beliau berharap program itu akan dapat menjana pendapatan perolehan eksport bagi Malaysia.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: SEF , Matrade , Amran Yem

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan