IProperty, REA Laksana Pemasaran Bersama

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 7:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: iProperty Group Ltd menjalin usaha sama dengan REA Group Ltd, pakar pengiklanan hartanah digital Australia, bagi menyediakan platform yang lebih luas untuk pembeli mencari rumah impian secara dalam talian.

Dalam kenyataan bersama Jumaat, syarikat itu berkata usaha sama itu akan membolehkan laman web iProperty Groups di Malaysia, Indonesia, Hong Kong, Singapura, Filipina disalinghubungkan dengan laman REA Group di Itali, Luxembourg, Perancis dan Jerman.

"Laman-laman web yang terangkai ini menawarkan peluang kepada bakal penyewa, pembeli hartanah dan pelabur, meneliti kira-kira tiga juta rumah yang disenarai untuk dijual dan disewa menerusi rangkaian yang tersedia," katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iProperty Groups Georg Chmiel berkata, pakatan itu merupakan kejayaan penting untuk kumpulan berkenaan memandangkan ia meluaskan kehadiran pasarannya di Asia dengan cepat.

CEO REA Group Tracey Fellows berkata kerjasama itu memberikan akses kepada pengguna di Australia, China dan Eropah kepada laman web iProperty di seluruh Asia, pasaran hartanah paling pesat berkembang di Asia.

REA Group memiliki 17.7 peratus saham dalam iProperty Group.




Tags / Kata Kunci: iProperty , Australia , hartanah digital

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan