Pembiayaan RM52 Juta Diluluskan Sehingga Februari - PUNB

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 10:31 AM

PUNB

Antara usahawan yang menerima pembiayaan PUNB. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan replika cek pembiayaan PUNB berjumlah RM4 juta kepada Pengarah Greater Tampin Oto Sdn Bhd Mohamed Shukri Mohamed Zain sempena Majlis Perjumpaan Pengerusi PUNB bersama Usahawan PUNB Negeri Sembilan di Seremban, Februari lalu. Turut sama Pengerusi PUNB Mohd Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Dzulkifli Fadzilah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) meluluskan pembiayaan berjumlah RM52 juta sehingga Februari daripada RM275 juta peruntukan untuk tahun ini.

Sebanyak RM20 juta pembiayaan diluluskan untuk skim pemborongan, Skim PROSPER Runcit sebanyak RM15 juta untuk pembuatan, kejuruteraan dan servis manakala hampir RM2 juta lagi untuk Skim PROSPER Usahawan Muda (PUMA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dzulkifli Fadzilah berkata, PUNB mengutamakan bidang peruncitan dan pemborongan, dengan RM160 juta daripada peruntukan tahun ini akan disalurkan kepada dua sektor utama tersebut.

"Kita memberi perhatian kepada bidang dalam sektor peruncitan seperti automotif, perkakasan, telekomunikasi, profesional dan pendidikan awal kanak-kanak, yang berpotensi besar untuk berkembang maju," katanya selepas majlis menandatangani ikrar integriti korporat antara PUNB dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Dzulkifli turut berkata, lebihan daripada peruntukan tahun ini akan digunakan untuk menambah pemilikan hartanah syarikat korporat tersebut untuk tujuan disewakan kepada usahawan.

Beliau turut berkata, PUNB berhasrat untuk menambah bilangan hartanahnya melalui peruntukan RM50 juta tahun ini.

"Kami menyasarkan kawasan strategik seperi di Lembah Klang, Johor Baharu dan Pulau Pinang," katanya.

Menyentuh tentang sasaran mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar kepada 25 peratus tahun ini berbanding 30 peratus sebelum ini, Dzulkifli berkata, empat bidang dalam sektor peruncitan yang diberikan perhatian, mempunyai margin yang lebih baik.

"Sektor pemborongan dan empat bidang itu boleh menyumbang kepada kadar pinjaman tidak berbayar yang lebih rendah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PUNB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam berkata, Ikrar Integriti Korporat yang dimeterai hari ini menjadi pelengkap kepada budaya korporat dan kod amalan baik dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang baik dan bebas rasuah.

Budaya korporat PUNB berteraskan tiga faktor utama iaitu komersialisme, profesionalisme dan etika, manakala kod amalan baik PUNB berteraskan tujuh prinsip utama yang memperincikan budaya dan amalan kerja terbaik.



Tags / Kata Kunci: Dzulkifli Fadzilah , PUNB

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan