Kafe Berjaya Ubah Wajah Marina

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Setelah diberi kepercayaan oleh Jabatan Laut untuk mengendalikan Jeti Marina, di Tanjung Emas, Muar, sejak tiga tahun lepas, Kafe KGTE Sdn Bhd berjaya mengubah kompleks berharga lebih RM40 juta itu daripada sebuah projek 'gajah putih' kepada pusat rekreasi dan santai yang popular.

Pengarah Urusannya Datuk Azaran Abd Kadir berkata syarikat itu membelanjakan hampir RM1 juta untuk menghidupkan kompleks tersebut, yang sebelum ini gagal berfungsi menjadi tempat persinggahan kapal-kapal layar dan bot peranginan, yang belayar melalui Selat Melaka seperti matlamat asalnya.

"Kompleks ini diubah kepada bukan sahaja sebagai tempat bersantai sambil menikmati alam semula jadi terutama pada waktu petang, malah menjadi tempat menjamu selera pengunjung yang inginkan suasana damai, katanya ketika ditemui dekat sini baru-baru ini.

Syarikat itu juga menjadikan kompleks berkenaan sebagai tempat mengadakan majlis kenduri kahwin, majlis keraian dan mesyuarat agung tahunan, sama ada ia dianjurkan oleh jabatan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan di sekitar daerah Muar.

Beliau berkata pihaknya menyediakan pakej sederhana dan mengikut kemampuan pelanggan selain menawarkan kelengkapan serta kemudahan yang diperlukan oleh pelanggan.

"Kita menyediakan makanan tradisional ala Muar yang popular dengan nasi beriani, sate, mi bandung dan sebagainya hinggalah ke makanan ala barat sesuai dengan cita rasa pelanggan," kata Azaran.

Bagi mereka yang berminat dengan permainan jet ski pula, syarikat itu menyediakan kelengkapan sukan air terbabit jika ada permintaan pada kadar sewa yang tidak terlalu tinggi.

Bagi kaki pancing pula, Azaran berkata pihaknya menyediakan jeti tempat menambat bot pelancong dan kapal layar.

Azaran berkata syarikatnya akan melabur kira-kira RM1 juta lagi untuk mengubah suai kompleks tersebut dengan menyediakan 16 bilik penginapan bagi keluarga yang hendak bermalam di kompleks itu.

Syarikatnya juga bercadang membina sebuah restoran terapung di Sungai Muar dalam usaha mengembangkan perniagaan.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan