suria

AirAsia X Tawar Tambang Menarik Bagi Perjalanan Akhir Tahun

KUALA LUMPUR: AirAsia X, syarikat penerbangan jarak jauh sekutu AirAsia Bhd, menawarkan tambang percutian akhir tahun menarik ke Australia, China, Taiwan, Nepal, Jepun dan Korea Selatan bermula Isnin.

Ia menawarkan tambang sehala dari Kuala Lumpur ke Jepun (Osaka,Tokyo) pada harga RM299, China (Beijing, Hangzhou, Chengdu) bagi harga sehingga serendah RM349, Australia (Perth, Melbourne, Gold Cost, Sydney) pada RM369, Taiwan (Taipei) RM389, Nepal (Kathmandu) daripada RM399 dan Korea Selatan (Seoul) pada harga RM439.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran dalam talian sehingga 12 Ogos itu adalah bagi tempoh perjalanan antara 18 September dan 16 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani berkata tambang promosi AirAsia X sentiasa menjadi sasaran ramai penggemar perjalanan.

"Dengan kempen ini, kami percaya kami sekali lagi menawarkan kempen tambang rendah, yang merupakan sebahagian daripada komitmen kami dalam menjadikan perjalanan mampu milik dan menunjukkan penghargaan kami kepada penumpang kerana diundi 'Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia' bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

"Peningkatan kekerapan penerbangan AirAsia X ke Tokyo, Taipei, Perth dan Beijing tahun ini akan menyediakan peluang kepada pelanggan untuk merancang perjalanan dengan lebih selesa," kata syarikat penerbangan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain