Melaka Guna Taktikal Baru Lawan Kedah?

Diterbitkan: Sabtu, 29 Julai 2017 7:59 AM

(Ubah saiz teks)

SANGAT menarik untuk memperkatakan tentang perlawanan di antara Melaka United menentang Kedah pada saingan Piala Malaysia hari ini.

Melaka United bukanlah lawan yang harus dipandang rendah ini kerana prestasi meningkat baik setiap perlawaanan di bawah bimbingan ketua jurulatih baru, Eduardo Filipe Arroja Almeida.

PERTEMBUNGAN PERTAMA DI DARULAMAN DI BAWAH BIMBINGAN ARROJA

Melaka United kelihatan masih kurang serasi bermain di bawah kendalian Arroja tetapi dapat dilihat bahawa beliau mempunyai visi dan kriteria sebagai seorang pengendali yang berkredibiliti.

Dalam pertembungan pertama di Darul Aman, Melaka United kelihatan masih bermain secara Direct Football tetapi Arroja meningkatkan intensiti dalam permainan pasukan mereka. Arroja lebih memberi tumpuan kepada Defensive Zone.


Memandangkan Melaka United berdepan dengan sebuah pasukan yang mengamalkan Short Passing System dan Ground Ball, Arroja mahu memastikan pasukannya bertahan secara compact iaitu dengan mengecilkan ruang supaya aliran bola pasukan lawan akan tersekat dan mengakibatkan kurang fluidity dalam permainan.

Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana Melaka United bertahan dalam perlawanan pertama di bawah bimbingan Arroja ketika berdepan pasukan Kedah di Darul Aman.

Malangnya, mereka tetap dibolosi sebanyak dua kali kerana kerana gagal mengekang pemain-pemain Kedah yang bertindak sebagai False No 10 dan Shadow Striker yang datang untuk menghasilkan jaringan.

Dalam pertembungan ini, pemain-pemain Melaka United dilihat masih kurang ability dalam aspek first touch dan kerap kali terjadi Ball Watching Situation.

Mereka juga gagal untuk bergerak dalam satu unit serta tidak berupaya mendominasi centre area.

PERTEMBUNGAN KEDUA DI HANG JEBAT CABARAN YANG SEBENAR

Melaka United dalam pertembungan kali ini adalah sebuah pasukan yang jauh berbeza berbanding pasukan sama yang bertandang ke Darul Aman tempoh hari.

Transformasi yang sangat drastik dapat dilihat bilamana Melaka United bermain dengan intensiti yang sangat tinggi dan mereka bergerak dalam satu unit dalam transisi menyerang.

Bermain secara High Pressing dan dalam Pace (tempo) permainan yang tinggi membolehkan mereka mendahului pasukan Kedah sebanyak 2 kali.

Lihat gambarajah dibawah yang menunjukkan Melaka United berjaya membentuk rantaian tiga pemain bagi mengekalkan Shape pasukan mereka sepanjang perlawanan.


Di Defensive Zone, Melaka United masih lagi mengamalkan strategi mengecilkan ruang ketika bertahan tetapi lebih kepada Zonal Marking System dan mereka bertahan dalam satu unit bagi mengelakkan Defensive Third mereka terdedah kepada ancaman pasukan Kedah.

Kedah mempunyai pemain-pemain yang sempurna di setiap posisi kerana pasukan ini antara skuad yang mengamalkan permainan berkonsepkan Free Flowing Football antara yang terbaik di MSL.

Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana Melaka UTD bertahan dalam pertembungan dalam pertembungan di Hang Jebat.


Secara logiknya, pertembungan ketiga di antara Melaka United dan Kedah di bawah bimbingan Arroja menjanjikan sesuatu yang pastinya memberikan impak yang cukup besar buat pasukan Hijau Kuning.

Diharap Kedah dapat mengekalkan momentum pasukan dan tidak terlalu memandang rendah keupayaan pasukan seperti Melaka United.

Sejarah bolasepak kerap kali menyaksikan pasukan 'underdog' berupaya membenam gergasi besar bola sepak dunia.

Analisis Tangga Ayam Disediakan oleh Bvrd Ortega.


Tags / Kata Kunci: Melaka United , Kedah , Piala Malaysia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan