Lemang Valley Jadi Tumpuan Buah Tangan Raya

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 12:48 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Perjalanan pulang ke kampung halaman dan tradisi ziarah menziarahi sepanjang Syawal ini tidak lengkap tanpa lemang Kijal sebagai buah tangan untuk keluarga tersayang.

Bagi penduduk sekitar Pantai Timur, lemang Kijal di sini adalah antara menu wajib yang mesti dibeli kerana keenakan rasanya yang tersendiri yang boleh didapati di lokasi yang terkenal dengan nama 'Lemang Valley' yang tidak putus-putus menerima kedatangan pelanggan.

Seorang peniaga, Khazalina Khalid, 43, berkata beliau menjual lemang menggunakan 500 kilogram beras pulut berbanding 30 kilogram sahaja pada hari biasa dan membuka gerainya 24 jam sejak minggu terakhir Ramadan baru-baru ini.

"Tiga hari terakhir Ramadan tu, memang hari yang paling sibuk untuk kakak dan tiga anak yang bergilir-gilir menjaga gerai kerana bilangan pelanggan meningkat mendadak, tambahan pula lokasi gerai ini terletak di jalan utama Kemaman-Kuala Terengganu.

"Pada 1 Syawal dan hari ini pula, kakak hanya jual lemang yang sudah ditempah sahaja kerana permintaan terlalu banyak tahun ini termasuk dari hotel, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat setempat yang mahu menjadikan lemang Kijal ini sebagai menu hidangan kepada tetamu," katanya.

Lemang Kijal dijual pada harga RM3, RM4 dan RM5 sebatang mengikut saiz buluh yang digunakan dan keistimewaan lemang ini ialah peniaga menggunakan resipi rahsia warisan turun temurun keluarga masing-masing.

Bagi seorang lagi peniaga, Zubaidah Ismail, 44 pula, hasil jualan lemangnya terutama pada minggu pertama Syawal setiap tahun sangat lumayan dengan lemang yang terjual hampir 2,000 batang berbanding 300 batang pada hari biasa.

"Walaupun penat dan terpaksa bersengkang mata melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang sampailah tengah malam, namun saya bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki ini bersama keluarga dan lima pekerja," katanya.

Bagi pelanggan pula, keenakan lemang Kijal terletak pada cara pembuatannya yang menggunakan bahan asli yang segar dan dimasak dengan bara api di depan pelanggan bagi memastikan ia tahan lama.

Seorang kakitangan swasta, Amirul Khairul Afandi, 38, berkata lemang di Kijal tidak sama rasanya seperti lemang dijual di rumahnya dekat Gombak, Selangor.

"Ada rakan yang kata di kebanyakan tempat sekarang ini, peniaga lebih suka memasak dahulu pulut tersebut sebelum dimasukkan ke dalam buluh untuk mengaburi mata pembeli sedangkan itu bukan cara memasak lemang yang sebenar.

"Jadi bila balik ke rumah mentua di Pulau Serai dekat Dungun, saya memang membeli dengan banyak untuk dijadikan juadah sepanjang bercuti Syawal di kampung isteri dan membawanya pulang untuk dijadikan buah tangan kepada saudara mara di Gombak," katanya.


Tags / Kata Kunci: Lemang Valley , Kijal , Kemaman , Lemang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan