suria

Rihanna jumpa Jennie Blackpink di Korea Selatan cetus spekulasi

Peminat mengharapkan ada lagu terbaharu gandingan Rihanna dan Jennie.

PERTEMUAN penyanyi Rihanna dan salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Jennie di Korea Selatan baru-baru ini telah mengundang spekulasi dalam kalangan peminat.

Menerusi laporan CNN, ada peminat membuat andaian berkemungkinan akan ada kolaborasi di antara dua penyanyi ini.

Kedatangan Rihanna itu adalah bagi memenuhi acara pelancaran produk kecantikannya, Fenty.

Dalam acara itu, Jennie turut diundang dan menjadi platform untuk mereka bertemu dengan lebih rapat.

Namun, seperti biasa peminat mula membuat pelbagai andaian dan menyangka akan ada kerjasama di antara dua penyanyi itu.

Mereka mengharapkan lagu terbaharu Rihanna nanti akan ada gandingan bersama Jennie memandangkan kedua-duanya memiliki pengaruh muzik yang besar.

Tambahan pula, Rihanna dikhabarkan dalam proses menyiapkan album terbaharunya.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang maklumat lengkap mengenai kandungan album tersebut.

SUMBER: CNN

Rihanna, Jennie

Artikel Lain