Syarikat Perniagaan Diseru Tunai Zakat Dengan Kiraan Mudah - PPZ MAIWP

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 3:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), menyeru lebih banyak syarikat menunaikan zakat perniagaan mereka.

PPZ-MAIWP dalam satu kenyataan di sini, Khamis berkata dengan hanya membuat pengiraan mudah dan jika didapati layak, syarikat itu perlulah menunaikan zakat perniagaan mereka.

Berikut adalah kaedah pengiraan zakat perniagaan bagi mengenal asti sama ada syarikat layak atau tidak menunaikan zakat perniagaan mereka:

1) Kategori Syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, 'Trading' Enterprise yang mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa:

Kaedah 1 - Modal Kerja: (Aset Semasa-Liabiliti Semasa) x peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus (kadar zakat)

2) Kategori Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad yang mana tidak mengkelaskan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Kaedah 2 - Modal Berkembang (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Separuh Tetap) x peratus Pemilikan Saham Muslim x 2.5 peratus (kadar zakat)

Kaedah seterusnya adalah pengiraan khusus bagi jenis perniagaan yang  tiada akaun/penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman  serta lain-lain perniagaan berkaitan.

Kaedah ini mengambil kira semua hasil/jualan/pendapatan setahun ditolak segala kos/perbelanjaan setahun yang ditanggung.

Bakinya dikenakan zakat pada kadar 2.5 peratus (bersamaan atau melebihi paras nisab). Ini bermakna keuntungan bersih setelah ditolak segala kos/perbelanjaan.

Contohnya seperti berikut:

A) Hasil/Jualan/Pendapatan:

RM300 sehari x 5 hari berniaga = RM 1,500 seminggu

RM1,500 x 4 minggu = RM6,000 sebulan

RM6,000 x 12 bulan = RM72,000 setahun

B) Tolak : Belanja/Kos Setahun (RM10,000)

C) Keuntungan Bersih Setahun (A-B) RM72,000 - RM10,000 = RM62,000

D) Kadar Zakat 2.5 peratus

E) Zakat Perniagaan (C X D) RM1,550

Menurut kenyataan itu, kaedah-kaedah berkenaan diharap dapat membantu syarikat-syarikat korporat di Wilayah Persekutuan serta orang ramai yang ingin membuat taksiran zakat perniagaan mereka.

Bayaran boleh dibuat melalui saluran-saluran disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP.

Selain itu, katanya taksiran juga boleh dibuat melalui pihak PPZ-MAIWP dengan menghantar emel di udpk@zakat.com.my atau menghubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

Orang ramai juga boleh ke ibu pejabat PPZ-MAIWP di Shamelin Perkasa, Cheras di sini dan berjumpa dengan pegawai zakat perniagaan bagi tujuan taksiran dan rujukan serta keterangan lanjut.

Tags / Kata Kunci: PPZ-MAIWP

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan