NCB Holdings, MMC Corp Teroka Potensi Sinergi Antara Pelabuhan

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali pelabuhan NCB Holdings Bhd dan MMC Corporation Bhd sedang membincangkan potensi sinergi antara pelabuhan dan perniagaan logistik kedua-dua syarikat itu, kata Pengarah Urusan NCB Group Abi Sofian Abdul Hamid.

Perbincangan itu masih di peringkat "penelitian", katanya sambil menambah hala tuju jelas dijangka dicapai dalam tempoh sebulan.

"Bekerjasama dengan pelabuhan lain adalah satu daripada cara untuk mencapai kuantiti pengendalian lebih tinggi di mana kami menyasar 3.3 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) tahun ini daripada 2.58 juta TEU tahun lepas.

"MMC Corp baru sahaja menyertai dan kami mahu memahami operasi mereka di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Johor terlebih dahulu," kata Abi Sofian pada sidang akhbar sempena pengumuman prestasi suku pertama kumpulan, di sini, Khamis.

MMC Corp, yang membeli 15.7 peratus pegangan dalam NCB Holdings, ialah pengendali PTP dan Pelabuhan Johor manakala NCB Holdings mengendalikan Pelabuhan Northport.

Beliau membayangkan jenis sinergi boleh dalam bentuk pindahan pengetahuan segmen jualan dan pemasaran serta memanfaatkan pelanggan MMC Corp untuk meningkatkan TEU Northport.

Northport komited untuk meningkatkan keupayaan pengendalian menjelang 2017 dengan siapnya kerja-kerja menaik taraf Dermaga 8 dan mendalamkan tempat berlabuh kapal kepada 17 meter serta menambah baik armada kelengkapan terminal yang akan membolehkan kapal besar berlabuh di pelabuhan itu.

Sementara itu, perniagaan utama lain NCB Holdings, Kontena Nasional Bhd (KN), sedang menjalani proses penyusunan semua perniagaan yang intensif,  dikawal selia oleh Abi Sofian sendiri susulan peletakan jawatan bekas ketua pegawai eksekutifnya Syahrul Azmir Ahmad Zaki.

Apabila ditanya mengenai kemajuan penyusunan semula syarikat itu, Abi Sofian yakin ia akan kembali meraih keuntungan pada pertengahan 2016.

"Bagi suku pertama, kami dapat melihat aliran positif dalam keputusan KN. Ia mencatatkan kerugian RM4 juta setiap satu pada Januari dan Februari tetapi kerugian itu berkurangan kepada kurang daripada RM1 juta pada Mac," katanya.

Bagi operasi dalaman, KN akan meneruskan pembangunan tenaga kerja yang cekap dan mahir bagi menyokong pelan perniagaan jangka panjangnya manakala penggunaan dan ketersediaan aset akan ditambah baik kepada 90 peratus pada akhir tahun daripada 70 peratus ketika ini.

Tags / Kata Kunci: NCB , MMC

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan