Nasim Sasar Jual 6,000 Kereta Peugeot Pada 2015

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 6:25 PM

Samson Anand George, Pengarah Kawasan Peugeot Automobile Asean, Vincent Comyn dan Pengurus Besar Operasi, Nazman Yusof memotong riben sempena majlis perasmian cawangan Peugeot Taiping, Khamis.

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Nasim Sdn Bhd, anak syarikat Naza Group of Companies, menyasarkan menjual 6,000 kereta Peugeot pada 2015 sejajar dengan unjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA) jualan kenderaan baharu meningkat  dua peratus bagi tahun tersebut.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George berkata, Nasim yakin dapat mencapai sasaran tersebut dengan pengenalan versi terbaharu model-model teras baharunya, iaitu Peugeot 508, Peugeot 308 dan Peugeot 408.

Beliau berkata, Peugeot 308 serba baharu telah dinobatkan sebagai Kereta  Eropah Terbaik 2014 dan terjual lebih 215,000 unit di seluruh dunia.

"Ia akan mendorong kepada peningkatan semula jenama Peugeot di Malaysia dan kami mempunyai keyakinan ia akan mendapat sambutan baik," katanya pada pelancaran cawangan Peugeot di Taiping bernilai RM1 juta di sini, Khamis.

Ia merupakan cawangan Peugeot yang ketiga di Perak dengan dua di Ipoh Garden dan Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

"Memandangkan asas pelanggan kami terus berkembang, begitu juga pelan peluasan rangkaian kami daripada 32 cawangan sedia ada kepada 37 cawangan di seluruh negara.

"Langkah ini sejajar dengan matlamat kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan pemilikan yang bukan hanya memenuhi tetapi melangkaui jangkaan pelanggan.

"Dan dengan cawangan Peugeot di Taiping, kami kini mempunyai wakil di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, menjadikannya lebih mudah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami di seluruh Semenanjung," katanya.

Cawangan Peugeot di Taiping menyediakan perkhidmatan bagi pelanggan di Batu Kurau, Bagan Serai, Changkat Jering, Kamunting, Kuala Kangsar, Matang, Padang Rengas, Simpang, Selama, Trong dan Taiping.

Mulai sekarang hingga 17 Feb, Nasim menawarkan kempen dengan melanjutkan waktu perkhidmatan di semua cawangan Peugeot di seluruh negara dengan tempoh beroperasi dilanjutkan kepada 8 malam pada hari bekerja dan 5 petang pada Sabtu.

Kempen itu untuk servis standard manakala bagi pelanggan yang menghantar kenderaan mereka bagi tempoh tersebut akan menerima pemeriksaan dengan 30 mata secara percuma dan hadiah.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan