AIA Sasar Kembang Perniagaan Takaful

Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 2:26 PM

Bill Lisle

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat insurans AIA Bhd merancang mengembangkan perniagaan takafulnya di Malaysia pada separuh kedua tahun ini.

"Tumpuan separuh kedua kami adalah untuk mengembangkan perniagaan takaful secara besar-besaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bill Lisle.

Beliau tidak mendedahkan jumlahnya, tetapi berkata syarikat itu merancang meraih potensi yang wujud sejak pelancaran entiti takaful bersepadunya, AIA Public Takaful Bhd, pada Mac.

Lisle berkata pada isnin selepas merasmikan Pusat Kewangan AIA di Jalan Ampang yang sudah diubah suai.

Pusat yang dinaik taraf itu dengan belanja RM36 juta, melibatkan penyusunan semula operasi ibu pejabatnya daripada tiga bangunan kepada dua dan menyelaras perkhidmatan hadapan di pusat perkhidmatan pelanggan yang baharu seluas 5,000 kaki persegi.

"Pembukaan ibu pejabat baharu itu melambangkan komitmen kami kepada pasaran Malaysia selain kepada pelanggan, petugas, rakan kongsi dan komuniti," kata Lisle.

Projek pengubahsuaian itu termasuk menyambung Menara AIA dengan Wisma AIA melalui sebuah kanopi 30 kaki, menghubungkan dua bangunan itu yang berperanan sebagai teres pertemuan luar, kata satu kenyataan syarikat itu.

Tingkat enam Menara AIA telah diubah menjadi sebuah kawasan rekreasi 6,000 kaki persegi dengan sebuah gimnasium, auditorium dengan kapasiti 300 tempat duduk, di samping ruang istirahat pekerja dengan meja permainan pool, konsol permainan video dan peti muzik.

Syarikat insurans itu juga telah menyerahkan permohonan kepada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur untuk membina sebuah jejambat menghubungkan bangunan Pusat Kewangan AIA dengan AIA Cap Square Tower, yang menempatkan kira-kira 250 pegawai agensi di seberang Jalan Ampang.

Ini adalah sebahagian daripada wawasan syarikat itu untuk mewujudkan hab kewangan AIA.


Tags / Kata Kunci: AIA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan