Pavlova Pisang Bersama Pisang Goreng

Diterbitkan: Rabu, 22 Jun 2016 6:12 PM

Pavlova Pisang Bersama Pisang Goreng

(Ubah saiz teks)

Pavlova Pisang Bersama Pisang Goreng

Bahan-Bahan:

Pavlova

3 putih telur
1 cawan gula
1 sudu teh cuka
1 sudu teh tepung jagung
2 titis esen pisang

Pisang Goreng

2 biji pisang separuh masak
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu besar minyak sayuran
Serbuk roti Perancis
1 sudu besar air
1/2 cawan susu skim

2 sudu besar susu pekat

Hiasan

Krim putar
Strawberi, beri biru, raspberi

Penyediaan:

1- Panaskan ketuhar ke suhu 160 darjah celcius
2- Pukul putih telur hingga menghasilkan ‘soft peak’. Tambah setengah cawan gula beransur-ansur.
3- Setelah meringue kelihatan berkilat, masukkan cuka, tepung jagung, esen pisang dan pukul.
4- Gaul baki gula perlahan-lahan ke dalam meringue.
5- Bentukkan meringue seperti dikehendaki di atas kertas minyak. Bakar 1 jam.
6- Padam ketuhar, biar pavlova sejuk hingga ke dalamnya.

Sambil menunggu, campur semua bahan untuk pisang goreng (kecuali pisang) sehingga adunan tepung terbentuk. Celup pisang dalam tepung, goreng dalam minyak sehingga warna keemasan.

Hidang pisang goreng bersama pavlova, krim putar dan buah beri segar. Titis sedikit susu pekat dan hidang.


Resipi sumbangan Datuk Chef Fazley Yaakob, daripada buku My Sucre Story terbitan MPH.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan