suria

Siapa suka manis, lemak berkrim cuba rasa Cheesekut!

Rasa penuh lemak berkrim Cheesekut ini..

CHEESEKUT kedengarannya sungguh enak, dengan campuran keju dan biskut memang terbaik!

Selain dijual, boleh juga dijadikan hidangan pencuci mulut untuk rumah terbuka.

Resipi Cheesekut daripada blog Cerita Ibu mudah sangat nak disediakan, jom cuba!

Bahan-bahan:

250 gram krim cheese (brand Tartura)

1 pek biskut Duluxe Cracker (Brand Hup Seng)

1/2 tin susu pekat manis

Susu rendah lemak/ penuh krim (full cream)

Sedikit milo (sebagai hiasan)

Cara-cara:

1. Pukul krim cheese bersama susu pekat manis.

2. Bila dah kembang/sebati, masukkan empat sudu susu penuh krim (full cream).

*Tujuan masukkan susu penuh krim adalah untuk mencairkan sedikit campuran krim cheese tetapi pastikan jangan terlampau cair dan pekat.

3. Sediakan bekas untuk cheesekut dan letakkan baking paper bagi memudahkan kek dikeluarkan dari bekas.

4. Masukkan sedikit susu penuh krim/ rendah lemak ke dalam bekas lain.

*Sedikit susu sahaja untuk celup biskut.

5. Celupkan biskut satu persatu ke dalam susu dan susun di dalam bekas. Pastikan celup sahaja dan jangan rendam untuk mengelakkan biskut tersebut menjadi lembik.

6. Selepas siap susun biskut, letak campuran krim cheese tadi di atas biskut. Sapu secara rata dan nipis-nipis sahaja.

7.Kemudian taburkan milo di atas krim cheese tersebut.

8. Ulang langkah 5-7 sehingga krim cheese habis. Siap!

Cheesekut, resipi, rumah terbuka, Syawal

Artikel Lain