Nasi Goreng Udang Lipan? Macam menarik je - Resipi | mStar

Nasi Goreng Udang Lipan? Macam menarik je

Warga Kuala Perlis katanya gemarkan menu yang dicampur udang lipan seperti nasi goreng ini.

MENETAP di Kuala Perlis membolehkan penyumbang resipi ini, Wan Hamim Mohamed Noor mudah mendapatkan bekalan udang lipan.

Lebih-lebih lagi sumber hidupan laut ini digemari ramai di negeri Indera Kayangan itu, sekali gus terhasillah menu mudah tapi mengancam air tangan guru Bahasa Inggeris ini, Nasi Goreng Udang Lipan.

Bahan-bahan:
3 mangkuk nasi putih (semasa memasak kurangkan air sikit)
5 tangkai daun kucai (dipotong kecil)
5 - 6 ekor udang lipan rebus/kukus (bilangannya mengikut citarasa masing-masing)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis/biasa
3 sudu besar minyak masak
1/4 sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur ayam

Bahan kisar atau tumbuk
10 biji cili padi
6 ulas bawang putih
2 sentimeter belacan

Cara menyediakan dan memasak:

Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan sos tiram. Bila sudah wangi masukkan udang lipan.

Gunakan yang api besar, masukkan telur ayam, kacau sedikit.

Seterusnya masukkan separuh nasi ke dalam bahan tadi dan kacau hingga rata.

Masukkan pula kicap sotong dan kicap manis/biasa serta lada putih secukup rasa bersama kucai dan kacau lagi.

Akhir sekali masukkan baki nasi dan kacau sebati serta perasakan.

Siap untuk dihidangkan!

Resipi , Nasi Goreng Udang Lipan

Artikel Sebelum

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain