Ikan Tenggiri masak cuka buat bertambah nasi dua kali - Resipi | mStar

Ikan Tenggiri masak cuka buat bertambah nasi dua kali

Ikan Tenggiri Masak Cuka sangat ringkas penyediaannya dan boleh membuatkan anda bertambah nasi dua kali!

GENERASI baharu mungkin tidak pernah mencuba ikan masak cuka namun percayalah ia hidangan yang boleh membuatkan anda bertambah nasi dua pinggan!

Malah cara penyediaannya juga sangat ringkas dan mudah.

Ayuh kita cuba ikan tenggiri masak cuka. Jika tiada ikan tenggiri, boleh juga cuba ikan merah atau ikan tongkol.

Bahan-bahannya:

3-5 ketul isi ikan (ikan tenggiri, ikan merah atau pun ikan tongkol)

6-10 ulas bawang kecil

5 ulas bawang putih

1 sudu biji sawi

10 biji cili padi

1 inci halia

3 sudu cuka makan

Garam dan gula sesedap rasa

Ikan Tenggiri Masak Cuka.

Cara-cara membuatnya:

Pertama sekali ikan tenggiri yang sudah dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit digoreng terlebih dahulu.

Setelah selesai panaskan minyak dan tumis biji sawi sebelum masukkan bawang kecil dan bawang putih yang telah dihiris serta halia.

Apabila semua bahan tumis sudah masak, masukkan 1-3 cawan air dan biarkan ia mendidih seketika sebelum masukkan cuka.

Selepas itu perasakan dengan garam dan gula sebelum masukkan cili padi, cili hijau serta ikan yang telah digoreng dan biarkan mendidih selama 5-10 minit.

Hidangkan dengan nasi panas! Siap! Mudahkan?

Ikan Tenggiri Masak Cuka , resipi

Artikel Sebelum

Bengkang Ubi Kayu, kuih tradisi Melayu

Artikel Berikut

Sagu Gula Melaka pencuci mulut ringkas

Artikel Berkaitan