suria

3 daripada 4 populasi alami masalah kulit kepala... Syampu sesuai mampu atasinya!

Masalah kulit kepala antara masalah biasa dialami wanita yang memakai hijab.

TAHUKAH anda tiga daripada empat rakyat Malaysia menderita masalah kulit kepala dan kebanyakannya terdiri daripada wanita berhijab.

Kelemumur dan kulit gatal adalah antara dua masalah kulit paling lazim yang berlaku dalam kalangan wanita berhijab dan masalah ini menjejaskan keyakinan diri golongan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Periksa dulu sebelum cantikkan diri, alat solek pun ada tarikh luput tau!

Mengambil serius masalah ini, jenama syampu terkenal, Head & Shoulders tampil dnegan misi membantu wanita berhijab memahami kepentingan merawat masalah kulit kepala serta amalan yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah itu.

Pakar dermatologi, Dr Alina Hasni menjelaskan wanita berhijab sentiasa bergelut dengan maslah kulit kepala memandangkan iklim Malaysia yang sering lembap membuatkan ia tidak baik untuk kulit kepala yang tertutup.



Cuaca di Malaysia antara punca masalah kulit kepala mudah berlaku dalam kalangan wanita kata Dr. Alina.

"Iklim Malaysia kita ini sememangnya tidak mesra terhadap wanita berhijab. Setelah memakai hijab untuk jangka masa panjang, kulit kepala mereka akan berasa gatal dan tidak selesa kerana tiada ruang untuk bernafas.

"Lebih memburukkan keadaan lagi apabila ramai wanita sering memakai hijab tanpa mengeringkan rambut dengan baik, atau semasa rambut masih basah, sekaligus mewujudkan persekitaran kulit kepala yang lembap," kata Dr. Alina.

Jelas Dr. Alina, terdapat ramai wanita berhijab yang kecewa dengan jenama-jenama syampu kosmetik sedia ada selain ada yang memilih kaedah serta rawatan tradisional untuk penjagaan rambut dan kulit kepala.

Namun nasihat Dr. Alina, walaupun tidak dapat mengubah iklim, mengubah cara menguruskan rutin rambut dan kulit kepala, di samping memilih syampu yang sesuai dapat membantu menangani masalah kulit kepala.



Wanita perlu tampil yakin meskipun memakai hijab.

"Ramai pesakit saya mengadu syampu mereka tidak berkesan, dan bertanya sama ada mereka harus menggunakan limau purut untuk menggantikan syampu mereka dalam menangani masalah kulit kepala.

"Sering kali, syampu anda tidak berkesan kerana anda tidak memberikan perhatian kepada ramuan semasa memilih syampu yang sesuai untuk diri anda. Memilih syampu yang betul sangat penting, kerana ia adalah barisan pertahanan pertama yang paling kritikal untuk menangani kelemumur, kulit gatal, dan kulit kepala kering," ujarnya.

Dalam usaha mencari penyelesaian untuk masalah kulit kepala mereka, wanita berhijab biasanya akan menukar jenama syampu sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan. Ini membuktikan produk yang digunakan oleh mereka biasanya gagal memberikan kelegaan.

Dr. Alina menasihatkan wanita berhijab supaya sentiasa memberikan perhatian kepada ramuan sebelum memilih produk rambut - syampu yang terbukti secara klinikal adalah paling berkesan dalam mengatasi masalah kulit kepala.

Beliau menyarankan syampu yang mengandungi zinc pyrithione (ZPT), sejenis bahan aktif yang melawan kelemumur dan kegatalan kulit kepala dengan ciri-ciri antikulat, antibakteria, dan antimikrob.



Penata gaya hijab selebriti, Eka Jamaludin.

Berbanding dengan ketoconazole, satu lagi bahan antikulat yang popular, ZPT kurang mengeringkan kulit dan mampu menyelesaikan masalah kulit kepala secara berkesan, selain membantu rambut kekal terhidrat.

Sementara itu, bagi penata gaya hijab selebriti, Eka Jamaludin turut bersetuju dengan Dr. Alina bahawa masalah kulit kepala dalam kalangan wanita adalah senario biasa bahkan ia turut berlaku dalam kalangan selebriti.

Kata Eka, wanita berhijab kurang mengutamakan penjagaan kulit kepala berbanding kulit wajah kerana ia boleh disembunyikan di sebalik hijab.

"Saya sentiasa mengingatkan pelanggan saya bahawa penjagaan kesihatan kulit kepala sangat penting untuk pemakaian hijab dan membolehkan mereka berada di khalayak ramai tanpa ketidakselesaan.



Penggunaan syampu yang tepat dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

"Salah satu petua penting yang ingin saya kongsikan - pastikan anda mengeringkan rambut dan kulit kepala dengan baik setelah mencuci dengan syampu, serta memakai hijab yang longgar untuk keselesaan maksimum. Rutin yang sihat untuk rambut dan kulit kepala ini sangat sesuai untuk pemakai hijab," katanya.

Selari dengan usaha gigih jenama untuk membekalkan maklumat tepat kepada rakyat Malaysia mengenai penjagaan rambut dan kulit kepala, Head & Shoulders ingin menyampaikan kepada wanita berhijab bahawa masalah kulit kepala dapat diatasi.

Pengarah Jenama P&G Hair Malaysia, Jessica Biscocho-Encarnacion berkata, wanita berhijab tidak harus menghadapi masalah ini bersendirian dan atas sebab itu pihaknya melancarkan kempen #SesuaiUntukSis menerusi kerjasama dengan pakar-pakar pemakai hijab yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing.

Selain sesi perkongsian oleh dua pakar, kempen #SesuaiUntukSis Head & Shoulders bertujuan menggalakkan wanita berhijab tampil ke hadapan untuk berkongsi rutin dan petua penjagaan kulit kepala mereka bagi membantu wanita berhijab yang lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Artikel Berkaitan

Artikel Lain