suria

Awas ! Terlebih tidur boleh sebabkan strok

Kerap tidur lebih daripada sembilan jam boleh menyebabkan and mengalami strok.

WAKTU tidur dianggap tempoh paling penting bagi tubuh manusia untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Setiap individu dewasa memerlukan tempoh lena yang sempurna di antara tujuh hingga lapan jam sehari.

Menurut saintis, setiap malam apabila kita terlena, otak dan tubuh manusia akan melalui kitaran tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda, wanita kerap warna dan luruskan rambut berdepan risiko kanser payudara

Namun tahukah anda sekiranya terlebih tidur ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan seseorang itu.

Menurut kajian di University Sains dan Teknologi Huangzhong di China, sebanyak 85 peratus kemungkinan seseorang itu boleh terkena strok berbanding individu yang mengamalkan tidur secara normal.

Kajian yang dijalankan itu melibatkan 31,750 orang di China yang berumur 62 tahun dalam tempoh enam tahun.

Mereka tidak mempunyai sejarah penyakit strok atau masalah kesihatan yang serius.

Sepanjang kajian dijalankan seramai 1,557 kes strok ditemui berpunca daripada waktu tidur.

Kajian yang diterbitkan dalam sebuah journal Neurology itu mendapati lapan peratus manusia yang tidur lebih daripada 90 minit (long nap), dan 24 peratus mereka yang tidur lebih sembilan jam setiap malam.

Penemuan mendapati setiap orang yang tidur kurang daripada tujuh atau lapan jam kurang risiko terkena strok.

Sebanyak 29 peratus berdepan dengan strok berikutan kualiti tidur yang tidak teratur.

Kajian itu tidak termasuk individu yang mengalami masalah tidur seperti berdengkur atau pengambilan ubat-ubatan.

Terlebih tidur, strok

Artikel Lain