Perfume dah mahal, tapi kenapa bau tak tahan lama? Ini cara pakai perfume yang betul - Mode | mStar

Perfume dah mahal, tapi kenapa bau tak tahan lama? Ini cara pakai perfume yang betul

Menyembur minyak wangi juga mempunyai teknik tertentu bagi memastikan baunya tahan lama.

ANDA dah pakai minyak wangi paling mahal dan paling harum, tetapi wangiannya masih tak tahan lama. Pernah berlaku situasi begini?

Jangan bimbang, mungkin ada sedikit kesilapan tentang bagaimana cara anda menggunakannya selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuku kasar dan mudah pecah? Jom cek kesalahan yang biasa dilakukan ketika potong kuku

Menurut Pengurus Negara PT. Luxasia Indonesia selaku pengedar produk minyak wangi Salvatore Ferragamo, Nessy Wisesa Meghayani, menggunakan perfume juga ada cara dan aturannya.

"Kalau tidak tepat langkahnya, wangian tidak akan bertahan lama, bukan itu saja ia juga akan cepat habis," kata Nessy.

Bagi anda yang berdepan masalah ini, Nessy memberikan beberapa cadangan agar haruman dari perfume yang anda gunakan kekal sepanjang hari.

Apa perkara pertama?

Mandi dulu!

"Dengan mandi terlebih dahulu pori-pori kulit akan terbuka dan secara tak langsung mudah menyerap cecair perfume yang disembur," kata Nessy.

Katanya, tanpa peluh, minyak wangi akan meresap lebih sempurna selepas anda mandi.

Sembur di mana?

"Semburlah pada nadi dan nadi akan menyebarkan haruman perfume ke seluruh tubuh anda," kata Nessy.

Bahagian tubuh yang mempunyai nadi dan sesuai disembur wangian adalah pergelangan tangan bahagian dalam leher, belakang telinga dan belakang lutut.

Jelasnya, bahagian-bahagian tersebut cenderung menghasilkan suhu lebih tinggi yang membantu menyebarkan aroma perfume ke seluruh tubuh.

Gosok atau tidak?

Jawabnya jangan menggosok bahagian yang telah disembur perfume!

"Menggosok permukaan kulit setelah menyembur perfume akan membuatkan wangiannya cepat hilang dan tak tahan lama," kata Nessy.

Katanya, menggosok setelah menyembur membuatkan molekul pada cairan minyak wangi pecah.

Jauh atau dekat?

Agar semburan perfume lebih luas dan sekata, lakukan dari jarak sekitar 15 hingga 25 sentimeter. Jangan sembur perfume pada pakaian.

Selain wangiannya cepat hilang, ia juga lebih mudah bercampur dengan bau peluh. - TEMPO 

Minyak Wangi , Semburan , Perfume

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini