Terlalu taksub nak cantik, sanggup langgar hukum agama, ini 5 perkara wanita perlu tahu sebelum lakukan rawatan sulam bedak! - Mode | mStar

Terlalu taksub nak cantik, sanggup langgar hukum agama, ini 5 perkara wanita perlu tahu sebelum lakukan rawatan sulam bedak!

Menjadi lumrah kaum wanita untuk kekal cantik.

KEBELAKANGAN ini, trend 'sulam bedak' seakan-akan menjadi kegilaan dalam kalangan kaum wanita Islam. Mana tidaknya, mereka sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk kekal jelita.

Jika dilihat di laman sosial seperti Instragram, Twitter serta Facebook, pengasas kecantikan heboh menjaja servis 'sulam bedak' yang ditawarkan kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak elak penuaan di usia muda? Senang je, cuba guna 5 bahan semula jadi ini, terbukti selamat!

Sikap terlalu taksub akan kecantikan wajah ini menyebabkan ada yang sanggup mengetepikan rasa sakit bahkan lebih utama melanggar hukum agama.

Tidak ramai yang mengetahui, proses sulam bedak menggunakan teknik 'Embroidery' adalah haram kerana ia sama seperti tattoo.

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang perlu ketahui sebelum anda melakukan rawatan sulam bedak:

'Beauty is pain', wanita sanggup lakukan apa sahaja untuk tampak cantik.

1. Krim asas separa kekal berbanding tatu muka 

Umum mengetahui rawatan ini sangat popular di negara Korea. Secara teknikalnya, rawatan ini sama seperti mentatu wajah yang mana sebelum ini telah popular dengan sulam kening (brow embroidery) bagi mendapatkan bentuk kening yang tersusun cantik. Kemudian, dengan kaedah lip tint atau mentatu bibir supaya bibir kekal merah tanpa perlu olesan gincu.

2. Risiko jangkitan berpunca daripada darah

Ini kerana penggunaan dermapen atau 'microneedle' berisiko berlakunya infeksi akibat salah guna peralatan seperti penggunaan jarum berulang. Hal ini boleh menyebabkan anda terdedah kepada HIV dan cross-contamination Hepatitis B/C.

3. Kerosakan sel, alergik serta kanser

Jangan terpedaya dengan kesan kulit yang flawless serta glowing, sedangkan kemungkinan besar anda bakal menanggung risiko di kemudian hari.

Ini kerana, tubuh badan anda memberikan tindak balas berlainan bagi setiap bahan yang dimasukan ke dalam tubuh. Dan perlu anda ingatkan, bahawa jika ini terjadi sukar untuk anda putarkan masa kerana rawatan sukar menyembuhkan seperti sedia kala. 

Melakukan rawatan sulam bedak supaya kulit wajah cantik dan bersih seperti mengenakan bedak. 

4. Tindak balas tubuh terhadap bahan sulam bedak

Perlu anda tahu, bahan yang digunakan menerusi kaedah sulam bedak ini akan meninggalkan pigmen di bawah lapisan kulit secara kekal dan tidak boleh dinyah keluar dan akan mencetuskan tindak balas imun.

Bagaimanapun, lain pula jika anda menggunakan foundation yang biasa dioles diluar lapisan kulit kerana ianya boleh dibersihkan serta tidak akan mendatangkan kesan berbahaya.

Antara bahan yang terkandung di dalam sulam bedak ini ialah ia mempunyai lebih 40 bahan kimia yang kita sendiri tidak tahu kesan penggunaan pada jangka masa panjang.

5. Hukumnya haram 

Bagi seorang Muslim, haram jika anda memakai sesuatu yang boleh menghalang air melalui atau terkena pada kulit semasa berwuduk. Sekali lagi diingatkan, bahawa sulam bedak adalah sama seperti anda mentatu wajah.

Bagaimanapun, Islam tidak pernah melarang kaum wanita untuk berhias bahkan menggalakkannya. Namun, perlu kena dengan cara yang tidak melanggar hukum. -TanganGebu27

sulam bedak , cantik , haram

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain