Kusam dan tak bermaya? Cuba 5 langkah penjagaan kulit wajah ini - Mode | mStar

Kusam dan tak bermaya? Cuba 5 langkah penjagaan kulit wajah ini

Penjagaan kulit wajah bukan sekadar mencuci muka menggunakan produk. Foto Sekadar Hiasan

SIAPA yang tidak mahukan kulit yang berseri dan sihat? Namun beberapa faktor seperti kurang tidur, tekanan dan pemakanan tidak teratur memberi kesan tidak baik pada kulit wajah sehingga nampak kusam dan tidak bermaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukur bulu ketiak pun ada cara dan aturannya... jom semak!

Tapi jangan bimbang, ada beberapa tip yang boleh diamalkan bagi mendapatkan kulit wajah lebih segar dan bersinar.

1. Cuci muka secara teratur

Mencuci muka dengan teratur adalah perkara paling penting bagi mendapatkan kulit yang segar dan bercahaya selain mengurangkan minyak, debu yang tersembunyi di sebalik pori-pori wajah anda.

Ketika mencuci muka sebaiknya cuba melakukan urutan lembut agar semua kekotoran dapat dikeluarkan dan sebaiknya cuci wajah anda menggunakan produk sesuai pada waktu pagi dan malam.

2. Pilih produk yang mencerahkan kulit

Jika membeli produk pembersih wajah sebaiknya pilih yang turut mempunyai kesan pencerahan wajah atau yang mengandungi vitamin C.

Ini kerana kata pakar kecantikan, Danusia Wnek, antioksidan yang terdapat dalam produk yang mencerahkan kulit dapat mengurangkan enzim dalam penghasilan pigmen pada wajah dan bukannya semata-mata untuk kelihatan putih.

Selain vitamin C, anda juga boleh mencari produk yang mengandungi Niacinamide (vitaman B3) yang mampu melambatkan pembentukan pigmen selain menghilangkan bintik hitam pada wajah.

Penggunaan produk yang betul boleh membantu menyerikan kulit wajah anda.

3. Jaga kelembapan kulit

Menjaga kelembapan kulit sangat penting dan caranya juga cukup mudah dengan menggunakan pelembap dua kali sehari iaitu pagi dan malam.

Ini kerana tanpa kelembapan pada wajah boleh menyebabkan kulit nampak kusam selain mempercepatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.

Pelembap juga banyak pilihan - sama ada dalam bentuk gel, serum dan sebagainya namun pelembap dalam bentuk krim lebih berkesan.

4. Banyak mengambil makanan kaya antioksidan

Setiap makanan yang diambil akan memberi kesan kepada tubuh serta kesihatan kulit anda. Selain penggunaan produk apa kata kerap mengambil makanan kaya antioksidan seperti buah beri, anggur dan kekacang kerana ia sarat dengan polifenol dan ellagic yang mampu memberi kesan positif pada wajah.

5. Jangan takut berjumpa doktor kulit

Jika anda mengalami masalah hiperpigmentasi kulit seperti bintik-bintik hitam akibat sinaran matahari atau permasalahan lain yang mencacatkan wajah anda sebaiknya berjumpa dengan doktor kulit.

Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat mengetahui masalah yang dihadapi malah boleh meminta pandangan tentang produk yang sesuai dengan kulit anda.

Penjagaan wajah , Mode , Produk Kecantikan , Tip

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain