suria

Jom tengok pakaian raya tradisi umat Islam di 7 negara ini... semuanya cantik dan unik

Kanak-kanak lelaki Muslim di Kosovo mengaminkan doa semasa semasa hadir ke solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Mehmet Fatih di bandar Pristina. - Foto AFP

SAMBUTAN Syawal bertambah meriah apabila umat Islam di seluruh dunia meraikannya dengan mengenakan baju raya baharu yang berwarna-warni.

Seperti juga Malaysia, umat Islam pelbagai negara mempunyai baju raya tradisional masing-masing untuk meraikan Aidilfitri yang diraikan selama sebulan.

Rekaan busana raya mereka juga berbeza mengikut budaya masyarakat setempat dan kedudukan negara mereka dalam peta dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 kempen fesyen lebaran eksklusif 2019 yang memukau mata, mana satu pilihan hati?

Jika di Malaysia, umat Islam memakai baju kurung, kebaya dan baju Melayu untuk menyambut hari raya, mari kita lihat bagaimana pula penampilan Muslim dari tujuh negara sewaktu menyambut lebaran.

1. Palestin


Wanita di Palestin memakai pakaian tradisional yang dipanggil Thube yang diperbuat daripada sulaman halus berwarna merah dan dihiasi dengan cermin kecil.

2. Kosovo


Kanak-kanak Muslim di Kosovo mengenakan weskot hitam yang disulam dengan benang emas dan ikatan busur ketika keluar bersembahyang sunat hari raya.

3. Ghana


Kaum lelaki di Ghana akan mengenakan jubah labuh berwarna-warni pada pagi Syawal.

4. Kenya


Lelaki Muslim di Kenya akan memakai 'songkok' tradisional dan jubah berwarna-warni yang sedondon pada pagi Syawal.

5. China dan Filipina


Wanita Muslim di China dan Filipina menyambut Aidilfitri dengan memakai tudung dan jubah yang labuh.

6. Pakistan


Wanita beragama Islam di Pakistan memakai pakaian tradisional Shalwar Kameez yang dihiasi dengan sulaman halus.

Walau apa pun rekaan baju raya yang dipakai oleh umat Islam di seluruh dunia, setiap busana itu memiliki keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.

Jika bukan kita sendiri yang memakai dan berasa bangga dengan pakaian tradisional negara kita, siapa lagi yang akan menggayakannya bukan? - Islamic Finder

baju raya, Aidilfitri, Syawal

Artikel Lain