Mekap anda sia-sia jika terus buat 8 kesilapan rutin kecantikan ini - Mode | mStar

Mekap anda sia-sia jika terus buat 8 kesilapan rutin kecantikan ini

Ramai wanita melakukan kesilapan dalam rutin kecantikan harian mereka. - Gambar hiasan/Everyday Health

WANITA dan solekan tidak dapat dipisahkan. Sebelum seseorang wanita itu mahir mengenakan solekan, pasti mereka pernah melakukan kesilapan dalam hal berkaitan kecantikan.

Mujurlah, zaman sekarang terdapat pelbagai aksesori solekan yang boleh digunakan bagi mengurangkan kesilapan itu daripada terus berlaku.

Bukan apa, kalau tidak kena cara nanti wajah yang cantik bertukar jadi hodoh gara-gara kesilapan diri sendiri.

Mari kita lihat apakah lapan kesilapan dalam rutin kecantikan yang biasa dilakukan oleh golongan wanita.

Wajah hendaklah dicuci sehingga bersih sebelum tidur. - Gambar hiasan/Allure

1. Membiarkan kesan solekan melekat selepas mencuci wajah

Entah mengapa, ramai wanita lebih rajin mengenakan solekan daripada menanggalkannya selepas seharian keluar rumah.

Paling malas pun, mereka hanya mencuci wajah sebelum melangkah masuk ke alam mimpi.

Sebenarnya, kulit muka hendaklah dibersihkan tanpa sebarang cela menggunakan pencuci muka agar tiada sisa solekan tertinggal pada kulit anda.

Krim tabir suria dapat melambatkan proses penuaan. - Gambar hiasan/The List

2. Lupa memakai krim tabir suria (sun block)

Krim sun block bukan hanya perlu dipakai di bahagian kulit yang terdedah dengan cahaya matahari, tetapi wajah anda juga memerlukannya!

Jangan lupa untuk mengenakan krimsun block kerana matahari adalah punca nombor satu yang mempercepatkan proses penuaan kulit wajah anda.

Bukan itu sahaja, mereka yang tidak memakai krim tabir suria lebih terdedah kepada risiko mengalami kanser kulit.

Jangan mengelupaskan kulit terlalu kasar. - Gambar hiasan/L'oreal Paris

3. Mengelupaskan kulit secara kasar

Jika anda memiliki jerawat atau kulit yang kering, keinginan untuk mengelupaskan (exfoliate) kulit pasti tinggi.

Bagaimanapun, perbuatan mengelupaskan kulit secara kasar dan terlalu lama akan merosakkan tekstur kulit.

Tekanan yang terlalu kuat pada bahagian kulit akan menyebabkan saluran darah di bawah lapisan kulit pecah.

Minum air secukupnya untuk kulit kelihatan lebih sihat. - Gambar hiasan/Live Uttar Pradesh

4. Kurang minum air

Jika anda kekurangan air, tubuh anda tetap akan mengalami dehidrasi tanpa mengira berapa banyak pelembab yang digunakan ke atas kulit.

Minum air dalam kuantiti yang mencukupi bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, malahan ia bermanfaat untuk penampilan kulit anda.

Cuci berus solekan seminggu sekali agar bebas bakteria. - Gambar hiasan/Aficionado

5. Jarang cuci berus solekan

Berapa kerapkah anda mencuci berus solekan? Bukan wajah sahaja yang perlu dibersihkan setiap kali ditara rias, tetapi berus mekap juga hendaklah dicuci sekurang-kurangnya sekali seminggu agar bakteria tidak membiak.

Inilah perbezaannya jika anda menggunakan primer. - Gambar hiasan/Concrete Minerals

6. Guna pembayang mata tanpa primer

Jika pembayang mata anda selalu bercapuk, nampak kesan garisan dan tidak diadun dengan sempurna; jawapannya mudah sahaja.

Anda harus menggunakan primer sebelum mengenakan apa-apa solekan pada bahagian mata.

Jangan biarkan wajah berpeluh selepas melakukan aktiviti fizikal. - Gambar hiasan/Healthline

7. Tidak cuci muka selepas berpeluh

Wajah adalah antara bahagian tubuh yang pasti akan berpeluh selepas anda melakukan senaman atau mengadakan sebarang aktiviti fizikal.

Jangan pelik jika bahagian muka anda turut dihinggap oleh debu dan zarah-zarah halus sesudah melakukan aktiviti tersebut.

Untuk lebih mudah, apa kata anda bawa tisu pembersih wajah ke mana-mana sahaja.

Memakai gincu terlalu kerap boleh merosakkan bibir. - Gambar hiasan/Mid Day

8. Kerap pakai gincu

Pemakaian gincu memang dapat mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata.

Namun, perbuatan memakai gincu dengan kerap tanpa menyentalnya (scrub) secara berkala boleh merosakkan bibir.

Gincu akan lebih mudah dipakai jika bibir disental terlebih dahulu. - Bustle

tip kecantikan , rutin kecantikan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain