suria

Lelaki! Jangan pakai seluar dalam sembarangan, ketahui bentuk badan untuk tampil lebih menarik dan seksi

JIKA ditanya kepada kaum lelaki tentang seluar dalam, barangkali kebanyakan tidak mengambil berat mengenainya apatah lagi untuk mengetahui jenis seluar yang sesuai untuk dipakai.

Sesetengah lekaki tidak hirau kepentingan memakai seluar dalam, malah ada juga tidak menukar berhari-hari sehingga berbau hapak dan hancing.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis seluar dalam yang harus diketahui oleh si pemakainya seperti briefs, boxers, boxer briefs, G-String, bikinis dan jockstraps.  

Di sini kami sertakan lima jenis seluar dalam yang sesuai untuk pelbagai jenis bentuk tubuh!

1. Badan berbentuk epal

Bagi lelaki yang berbadan gempal, seluar dalam jenis boxer briefs atau boxer shorts sangat bersesuaian kerana ia mampu membuatkan si pemakai berasa selesa dan masih kelihatan seksi!

Boxer briefs juga kebiasaannya dihasilkan dengan kantung tiga dimensi untuk keselesaan sepanjang hari.

Kepelbagaian jenis seluar dalam bukannya sesuai untuk semua lelaki.

2. Badan berbentuk ‘pear

Lelaki yang mempunyai bentuk tubuh seperti buah pir, kebiasaannya bentuk tubuh mereka tidak seimbang menjadikan paras pinggang, pinggul dan paha lebih besar daripada bahagian atas badan - seluar dalam yang mempunyai potongan tinggi sepatutnya dielakkan!

Boxer briefs dengan potongan pinggang yang rendah paling sesuai untuk golongan ini kerana ikatan pinggang yang boleh mengembang mengikut badan sekali gus dapat membuatkan si pemakai tampak kemas selain sesuai untuk aktiviti lasak.

3. Badan langsing atau slim fit

Barangkali lelaki yang mempunyai potongan badan ini paling bertuah kerana sesuai untuk menggayakan apa juga jenis seluar dalam.

Pun begitu, boxer briefs atau boxer shorts yang mempunyai potongan rendah paling sesuai buat golongan ini kerana ia dapat menyerlahkan bentuk badan, selain  selesa sepanjang hari.

Terdapat pelbagai jenis seluar dalam untuk bentuk tubuh berlainan. Kredit Foto LETTERA43.IT

4. Badan pendek

Bagi jenis keempat ini, si pemakai sesuai menggayakan seluar dalam briefs biasa atau trunk yang jenisnya mengikut potongan rendah dan mengikut bentuk kelangkang.

Kebiasaannya jenis seluar dalam ini menjadi kegemaran kebanyakan lelaki tidak kira saiz namun sebenarnya ia lebih sesuai kepada si pemakai bertubuh pendek dan bersaiz kecil.

Oh, seluar dalam jenis G-String juga sesuai untuk lelaki jenis ini. Seksi!

5. Badan panjang atau tinggi

Berlainan dengan lelaki yang mempunyai tubuh lampai, penggunaan briefs atau boxer kurang sesuai sebaliknya semi-long boxers lebih padan.

Ini kerana ia dapat menutup sebahagian peha selain Long John atau boxers longgar sesuai untuk golongan ini.

Seluar dalam, briefs, boxers

Artikel Lain