Dapat ‘call’ dari bilik tak berpenghuni, dengar bunyi nafas dan angin… Bekas staf dedah gangguan tingkat 5 hotel di Penang - Mistik | mStar

Dapat ‘call’ dari bilik tak berpenghuni, dengar bunyi nafas dan angin… Bekas staf dedah gangguan tingkat 5 hotel di Penang

Bahagian hadapan hotel yang kini usang dan dipenuhi lalang.

BERCAKAP tentang hotel berhantu... banyak orang akan memperkatakannya selain mempunyai pelbagai pengalaman misteri.

Bagi sesetengah orang kalau tidur dalam hotel seorang diri, mesti akan rasa serba tak kena. Nak pula kalau bilik hotel itu menghadap kawasan hutan selain lokasinya di tempat sunyi.

Di Pulau Pinang, sebuah hotel lima bintang yang popular suatu ketika dahulu antara menjadi buah mulut masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Syair orang yang buka kampung Pantai Dalam ghaib sehingga kini - “Kau beritahu yang lain, tak payah cari Tok lagi”

Mutiara Beach Resort yang terletak di Teluk Bahang itu antara hotel mewah terkenal di negeri berkenaan turut dikaitkan dengan kejadian pelik selepas ia tidak lagi beroperasi sejak tahun 2006.


Gambar yang dirakam pada tahun 1989 memperlihatkan keindahan hotel itu dari pandangan atas. 

Suatu ketika dahulu, hotel yang memiliki 400 buah bilik dan dibina atas tanah seluas 18 ekar ini sering menjadi tumpuan pelancong kerana keunikannya berlatarkan tropika pada landskapnya.

Namun ketika ini yang kelihatan ialah semak samun dan lalang selain keadaannya yang sudah usang kerana sudah terbiar begitu lama.

Sehingga kini tidak diketahui punca hotel itu ditutup namun timbul cakap-cakap tentang kisah misteri yang menyelubungi hotel tersebut.

Bekas pekerja hotel itu Ibnu Din Assingkiri atau nama sebenarnya Samsuri Din yang berkhidmat pada 1988 hingga 1992 menceritakan pengalaman seram sepanjang empat tahun bekerja di situ.

Ibnu yang juga seorang penulis puisi dan buku memberitahu, dia mengalami pelbagai kejadian misteri selepas ditukarkan ke bahagian servis bilik ketika bekerja pada waktu malam.

"Masa itu umur saya 20 tahun dan baru ditukarkan ke room service department dari coffee house. Saya suka kerja pada waktu malam dan memang selalu minta bos letakkan saya syif malam setiap hari.


Gambar fail menunjukkan para pekerja Mutiara Beach Resort, Pulau Pinang mengadakan piket kerana tidak berpuas hati dengan majikan mereka.

"Seronoknya kerja malam kerana tak perlu jumpa bos dan saya boleh 'pulun' tip daripada tetamu... Saya berkira-kira hendak kaya tanpa mengetahui apa yang bakal saya hadapi ketika kerja pada waktu malam," katanya seperti diceritakan menerusi Twitter miliknya.

Rondaan malam pertama angin menderu, terdengar bahasa purba

Ibnu memberitahu setiap malam dia akan ditugaskan untuk membuatkan rondaan di setiap bilik bagi mengutip pinggan mangkuk yang diletakkan di luar bilik tetamu.

Kak Ina kata panggilan serupa diterimanya setiap kali dia bertugas pada waktu malam. Apabila diangkat hanya kedengaran nafas kuat dan deruan angin sahaja

IBNU DIN ASSINGKIRI

PENULIS / BEKAS PEKERJA HOTEL

Kebiasaannya kata Ibnu Din, dia akan membuat rondaan pertama pada 12 tengah malam dan seterusnya sekitar pukul 4 pagi.

"Tugas itu saya kena buat seorang diri sebab hanya seorang staf bekerja syif malam manakala seorang lagi adalah pengambil pesanan iaitu Kak Ina namanya.

"Malam pertama saya bekerja, saya mulakan dari tingkat paling atas ke bawah... Dari sayap Timur ke sayap Barat. Saya kena lalu di hadapan setiap bilik sebanyak 400 bilik.

"Dari tingkat 16 ke tingkat enam tiada apa yang berlaku. Barang-barang yang perlu dikutip pun tak banyak kerana bukan musim cuti," ceritanya.


Kawasan kolam renang yang dulunya tempat riadah kini penuh dengan lumut.

Bagaimanapun kata Ibnu Din, setibanya di tingkat lima di bahagian sayap Barat, dia terasa suasana sangat sepi dan hening selain berasa sejuk seperti di dalam peti ais.

"Bulu roma di tangan dan tenguk berdiri terpacak," katanya.

Ibnu Din memberitahu dia cuba menguatkan semangat namun perasaan itu bertukar berdebar apabila dia terdengar bunyi angin menderu termasuk dan kedengaran suara seperti bahasa purba yang tidak difahami.

"Disebabkan rasa takut tetapi perlu menyelesaikan kerja, saya baca ayat-ayat suci al-Quran yang saya hafal sampai selesai rondaan pertama," ujarnya.

Ramai pernah diganggu, panggilan telefon dari bilik tidak berpenghuni

Enggan terlalu memikirkan apa yang dialaminya itu, Ibnu Din memberitahu ketika berehat dia didatangi oleh seorang pengawal keselamatan yang bertanya sama ada dia mengalami gangguan ketika membuat rondaan di tingkat 5.

Ramai pernah melihat kelibat selain merasai udara sejuk di tingkat lima hotel berkenaan. Foto Sekadar Hiasan

Cerita pengawal keselamatan itu, ramai rakan sekerjanya mengambil keputusan berhenti kerja selepas ditugaskan bekerja malam ekoran mengalami gangguan ketika membuat rondaan di tingkat 5 itu.

"Menurut pengawal itu siapa yang kerja malam dan naik ke tingkat 5 pasti akan diganggu... Ada yang sampai demam-demam malah ramai yang berhenti kerja kerana tidak tahan diganggu setiap malam," katanya.

Pengalaman seram dialaminya tidak berakhir di situ sebaliknya kata Ibnu Din sekitar pukul 1 pagi hari sama telefon berbunyi dan Kak Ina yang bertugas mengambil pesanan bilik tiba-tiba menunjukkan reaksi ketakutan.

Mana tidaknya, skrin komputer menunjukkan panggilan itu datang dari bilik tidak berpenghuni di tingkat 5 dan Ibnu Din memberitahu dia cuba menenangkan Kak Ina bahawa itu adalah panggilan 'prank'.

"Kak Ina kata panggilan serupa diterimanya setiap kali dia bertugas pada waktu malam. Apabila diangkat hanya kedengaran nafas kuat dan deruan angin sahaja.

Ibnu berkongsi pengalamannya di Twitter.

Pintu disekat, benda melintas depan muka

Meskipun pelbagai cerita dan kejadian menimpanya, Ibnu Din memberitahu dia tetap meneruskan tugasnya walaupun terpaksa berhadapan dengan gangguan.

Ibnu Din memberitahu ada satu kejadian ketika dia membuat rondaan pada pukul 4 pagi tiba-tiba ekor matanya ternampak kelibat bayang-bayang hitam melintas dari sayap Barat ke Timur di tingkat 5.

"Ketika saya ingin membuka pintu untuk ke lif pekerja, pintu tiba-tiba tersekat dengan sesuatu, saya sangka troli yang dibawa namun semakin saya tolak, ia tetap tidak berganjak dari pintu tersebut.

"Terasa di tengkuk saya bunyi mantera dan deruan angin seperti melintas di depan muka, saya rasa ada sesuatu di belakang badan... Dalam keadaan itu saya ulang surah Al-Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul dan semua ayat lazim yang saya hafal.

"Entah berapa lama saya ulang-ulang baca semua ayat itu sehinggalah semua bunyi aneh itu berhenti... Keadaan menjadi sepi seperti di sebuah rumah mayat. Pintu yang tadi tidak boleh ditolak terbuka dengan sendiri dan saya segera menuju ke lif," katanya.

Laman web Mutiara Beach Resort masih boleh diakses.

Selepas malam itu kata Ibnu Din, dia tetap bekerja syif malam dan meneruskan kerja mengutip pinggan mangkuk di tingkat 5 walaupun gangguan tetap berlaku.

"Cuma yang berlainan, tiada lagi deru angin dan mantera dalam bahasa kuno didengari. Mungkin 'benda' itu sudah terbiasa dengan kehadiran saya di situ. Selepas dua tahun saya berkhidmat di situ sehinggalah saya mengambil keputusan berhenti kerja," ceritanya.

Dalam pada itu menerusi carian Google, laman web hotel tersebut masih boleh diakses namun terdapat satu nota yang mengatakan hotel berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain