Suara misteri nyanyi ‘berduet’ ketika lalu selekoh kubur, dua sahabat terus balik rumah... tak jadi makan tongkeng ayam - Mistik | mStar

Suara misteri nyanyi ‘berduet’ ketika lalu selekoh kubur, dua sahabat terus balik rumah... tak jadi makan tongkeng ayam

Mier berkongsi kisah mistik yang dilaluinya pada Rabu lalu menerusi satu posting video di Twitter.

PERJALANAN dua sahabat untuk mencari hidangan tongkeng ayam selepas makan malam di sekitar Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada Rabu malam diganggu oleh satu suara misteri.

Kehadiran suara wanita itu disedari Amierul Shahfizan Ahmad Shamsuddin, 22, apabila dia menonton semula video nyanyian yang dirakam olehnya sewaktu berada di dalam kereta.

Bercerita kepada mStar, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Segamat itu mengakui terkejut dan masih bingung mengenai identiti suara misteri berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sendirian di ofis, jam 8.30 malam kerusi bergerak sendiri, "Saya letak cermin tapi asyik jatuh, bila letak kamera..."

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik video sampai demam, netizen tak percaya suara hantu muncul dalam 'live' IG

"Masa tu dengan kawan saya, pergi makan dan jalan-jalan. Dalam pukul 10.30 malam, dengar radio dan keluar lagu Langit Ke Tujuh nyanyian Sharifah Zarina.

Kelihatan satu lembaga menerusi refleksi cermin kereta dinaiki Mier.

"Saja-saja rakam untuk Instagram Story, tiba-tiba ada suara perempuan lain nyanyi sekali kat lirik 'di siang hari' tu.

"Masa tu kami lalu laluan alternatif, dekat selekoh ke kawasan kubur. Saya pun secara spontan ada sebut pasal kubur," ujarnya sewaktu dihubungi pada Jumaat.

Balik tunjuk video tu pada mak, dia pun tanya suara siapa tu? Sebenarnya dulu pun saya pernah kena ganggu sampai pergi berubat.

AMIERUL SHAHFIZAN AHMAD SHAMSUDDIN

Menurut penuntut bidang perakaunan itu, itu bukanlah kejadian mistik pertama memandangkan dia juga pernah diganggu sewaktu mengikuti pengajian peringkat diploma sekitar dua tahun lalu.

Kata Amierul yang lebih senang disapa Mier, dia dan rakannya, Mohamad Muhaymin Ahmad terus pulang ke rumah masing-masing dan membatalkan rancangan untuk mencari tongkeng ayam sebelum dia menunjukkan rakaman berkenaan kepada ibunya.

"Bila nak post video tu, saya double check dulu takut suara tak sedap, baru sedar ada suara lain. Terus tutup tingkap, seram sejuk dan meremang.

Mier dan rakannya, Muhaymin yang mengalami peristiwa misteri pada Rabu lalu.

"Balik tunjuk video tu pada mak, dia pun tanya suara siapa tu? Sebenarnya dulu pun saya pernah kena ganggu sampai pergi berubat.

"Ustaz kata ada benda tu minat kat saya. Dah lama tak kena (ganggu), bila kena balik memang terkejut.

Mier mengakui seram apabila mengenangkan peristiwa itu.

"Esoknya (Khamis) saya tak sedap badan, petang tu terus pergi berurut. Kawan saya OK je, dia dah biasa dengan benda macam ni," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video berdurasi 17 saat yang dikongsi Mier di Twitter sehingga kini menerima lebih 230,000 tontonan.

Malah, seorang netizen di ruangan komen turut membuat paparan skrin video berkenaan yang menunjukkan seolah-olah ada satu refleksi berbentuk lembaga di cermin kereta berkenaan.

 

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain