suria

Kecoh pocong muncul ketika undur kereta, rupa-rupanya tempat mak nyah pernah bunuh diri!

Tika berjaya merakamkan imej menyerupai pocong ketika mengundurkan keretanya. Foto Facebook TIKA YUSOF

BAYANGKAN ketika anda mahu mengundurkan kereta... tiba-tiba kelibat menyerupai hantu pocong terlihat pada skirn kamera kereta anda. Apa agaknya perasaan anda?

Ia mungkin kedengaran pelik tetapi itulah yang berlaku kepada seorang usahawan, Tika Yusof yang ketika itu baharu sahaja selesai berniaga di sebuah bazar Ramadan di Tawau, Sabah baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga panas, darah haid punya angkara! Ammar halau isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Perak hilang di batu dalam masjid ini... Puas penduduk kampung cari

Ketika mengundurkan kenderaannya, dia tiba-tiba terlihat seseorang yang lengkap berkain putih berdiri di belakang kenderaannya dan ia berjaya dirakamkan menerusi kamera belakang keretanya.

Cerita Tika, ketika kejadian dia mahu mengalihkan keretanya berhampiran tapak jualan bagi memudahkan proses memindahkan barang niaga ke dalam kereta.

"Ketika itu saya bersama anak... masa masuk ke dalam kereta tiada pula saya nampak apa-apa atau berasa sesuatu yang pelik.

Walaupun takut namun Tika tetap memberanikan diri merakamkan imej menerusi kamera undur keretanya. 

"Takut memang takut sampai saya baca ayat-ayat al-Quran sebagai pelindung diri tambahan pula kawasan itu agak gelap namun apabila saya mengundurkan kereta tiba-tiba makhluk itu muncul dan nampak jelas daripada kamera undur," katanya.

Terus pecut tapi sempat rakam

Dalam pada itu, Tika berkata, dalam kekalutan berhadapan situasi itu dia sempat mengeluarkan telefon untuk merakamkan imej yang terpacul di kamera undurnya.

Katanya, walaupun berasa takut namun dia mahu merakamkan bukti kejadian sebelum memecut kenderaannya keluar daripada kawasan letak kereta itu.

"Masa ternampak tu saya hanya mampu mengucap dan terfikir samada ayat al-Quran yang saya baca tadi salah sehingga benda itu tetap muncul?

Saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita itu tapi katanya ada seorang mak nyah pernah bunuh diri dan sejak itu kawasan itu menjadi seram.

Tika Yusof

"Tapi demi mendapatkan bukti saya tetap beranikan diri merakamkan imej makhluk itu sebelum saya memecut tanpa menoleh kebelakang lagi," jelasnya.

Tempat mak nyah mati bunuh diri

Bercakap lanjut mengenai kejadian itu, Tika berkata, dia tidak pernah mengalami kejadian seumpama itu apatah lagi dalam bulan Ramadan terutamanya di kawasan tersebut yang sudah menjadi tempat harian dia meletakkan keretanya apabila berniaga.

Bagaimanapun katanya, pernah ada cakap-cakap ada seorang mak nyah pernah membunuh diri di tempat itu sehingga menyebabkan ia menjadi seram.

"Saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita itu tapi katanya ada seorang mak nyah pernah bunuh diri dan sejak itu kawasan itu menjadi seram.

"Tetapi Alhamdulillah setakat ini belum lagi saya berhadapan situasi menyeramkan dan ternampak kelibat pocong itu adalah yang pertama kali," ujarnya.

Pocong, Mistik, Mak Nyah

Artikel Lain