Kucing sering usap kepala dibadan anda? Ketahui 8 'bahasa' si bulus - I-suke | mStar

Kucing sering usap kepala dibadan anda? Ketahui 8 'bahasa' si bulus

Kucing adalah antara haiwan peliharaan ramai daripada kita.

KUCING antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan kita sebagai peneman terutamanya yang masih solo.

Tapi sebenarnya masih ramai yang tidak tahu tentang tingkah laku kucing kesayangan dan 'bahasa' yang digunakan untuk menzahirkan sesuatu maksud kepada kita.

Apa kata kita semak antara gelagat si bulus ketika bersama tak kira waktu dan tempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing tak ‘layan’ apabila dipanggil, rupa-rupanya tunggu orang lain, “Bunyi enjin motosikal semua siap berkumpul”

1. Pandangan kucing

Pernah kucing anda menatap wajah anda dengan pandangan penuh makna? Atau si bulus tiba-tiba mengedipkan matanya kepada anda?

Sebenarnya ia bukan mengemis makanan atau demam sebaliknya pandangan mata diberikan kerana ia cuba berkomunikasi dengan anda.

Ia seperti sebuah ciuman dan menandakan si bulus percaya kepada anda sebagai pemiliknya.

Kucing jantan biasanya akan menandakan tempat jajahannya.

2. Kucing kencing di tempat tertentu

Jangan cepat marah jika kucing anda tiba-tiba kencing di tempat yang bukan kebiasaannya. Ini kerana ia sedang menanda 'kawasan' bagi memberitahu kucing lain itu adalah tempat jajahannya.

Kucing lain yang mencium bau kencing tersebut tidak akan berani mendekati kawasan itu atau akan berlaku pergaduhan. Selalunya ia dilakukan oleh kucing jantan.

3. Kucing berdengkur

Jangan takut apabila si bulus berdengkur kuat ketika tidur. Ia menandakan bahawa si kucing berasa tenang dan nyaman berada di sisi kita.

4. Menggerak-gerakkan ekornya

Jika kucing menggerak-gerakkan ekornya ia menggambarkan apa yang sedang dirasainya. 

Jika ekornya menegak dan sedikit melengkung itu bererti kucing anda bahagia berada di sisi anda atau dia ingin bermain. Namun boleh jadi juga ia berasa terancam dengan keadaan sekelilingnya.

Pandangan kucing memandakan ia cuba berkomunikasi dengan anda.

5. Kucing mencakar dinding dan sofa

Sikap kucing yang suka mencakar dinding dan sofa bukannya suka-suka sebaliknya si bulus sedang menajamkan kukunya.

6. Si bulus meow kepada anda

Apabila kucing mula mengeluarkan suara meow kepada anda ia bukan sahaja petanda si bulus lapar tetapi juga mahukan perhatian anda. Sebaik-baiknya belailah ia dan berinya makan.

7. Kucing mengusap kepalanya ke badan kita

Ini pasti perkara biasa apabila kucing mengusap mukannya ke badan kita. Ia membawa maksud si bulus mencintai anda. Ia juga bererti kucing anda belum makan dan anda tidak beri perhatian kepadanya.

8. Ikut ke mana sahaja anda pergi

Kadang-kadang sampai pergi bilik air pun kucing anda ikut! Itu tanda dia benar-benar menyayangi anda dan suka berada di dekat dengan anda.

Kucing , Peliharaan , Bahasa , Haiwan , Si Bulus

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus