Percaya atau tidak, pad arang ini kalis bau kentut! - I-suke | mStar

Percaya atau tidak, pad arang ini kalis bau kentut!

Pad Arang ini mampu menapis bau kentut anda sebelum ia dihidu oleh orang lain.

RASANYA ramai yang lebih rela jatuh pengsan daripada menghidu bau kentut orang lain, apatah lagi kalau terperangkap dalam kereta atau pun lif.

Tidak kurang juga ada di antara kita yang kadang-kadang sampai merah padam muka menahan kentut bimbang baunya akan tersebar dan mendatangkan masalah lain pula.

Dengan teknologi sekarang, nampaknya tidak akan ada lagi kejadian sedemikian apabila terdapat pad arang yang mampu menapis bau busuk kentut sebelum ia tersebar ke udara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 5 telefon pintar terbaik pada harga sekitar RM2,000 sahaja


Kentut busuk? Bukan lagi satu masalah!

Memang sesuai untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan yang kaki kentut dan berbau busuk tu!

Nak pakai pun mudah... hanya letakkan pad pada bahagian luar seluar dalam anda. Paling penting ia tidak tebal dan orang tidak akan perasan anda memakai pad berkenaan. Apatah lagi bau kentut anda.

Bahan seperti arang yang digunakan pada pad itu yang akan menapis bau busuk dan anda boleh melepaskan kentut anda dengan yakin diri selepas ini. - DISTRACTIFY

Pad Arang , Kentut

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara