Video raya harus gempak! Sebelum kongsi di laman sosial, guna 4 aplikasi ini mudahkan 'editing' - I-suke | mStar

Video raya harus gempak! Sebelum kongsi di laman sosial, guna 4 aplikasi ini mudahkan 'editing'

Dengan aplikasi mudah dan ringkas, anda juga boleh menghasilkan video raya yang unik. FOTO: Nomad Within.

SELAIN gambar, media sosial turut dipenuhi dengan video-video menarik sepanjang sambutan Aidilfitri saban tahun.

Pasti ramai dalam kalangan kita yang teringin untuk menghasilkan video, tetapi tidak tahu caranya.

Jangan risau, dalam zaman serba moden ini, semuanya tidak mustahil dan boleh dicapai dengan mudah sahaja.

Menerusi beberapa aplikasi percuma yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Store, anda juga boleh menghasilkan video-video menarik sempena lebaran kali ini.

Sudah menjadi kemestian untuk kita merakam gambar dan video pada hari raya sebagai kenang-kenangan.

Khusus untuk anda, mStar akan menyenaraikan beberapa aplikasi suntingan video yang cukup mudah dan boleh dipelajari dalam tempoh singkat sahaja.

1) InShot

Ia merupakan aplikasi yang cukup senang untuk membuat suntingan video ringkas.

Anda boleh menambah lagu dengan mudah sahaja untuk ditampal pada video, sekali gus mengubah keseluruhan mood rakaman berkenaan.

Sebagai contoh, rakam video suasana hari raya dan anda boleh masukkan lagu raya popular sebagai muzik latar.

Ia pastinya menjadikan video anda lebih menarik untuk dimuat naik ke Instagram.

Antara ciri-ciri suntingan dalam InShot.

Selain itu, InShot juga menawarkan fungsi filter bagi mengubah tona warna video anda.

Misalnya, anda juga boleh mengubah kecerahan video sekiranya ia dirakam pada persekitaran yang sedikit gelap.

2) Viva Video

Cukup popular kerana fungsinya yang pelbagai, Viva Video merupakan alternatif paling mudah untuk anda.

Selain menggabungkan beberapa rakaman berbeza dalam satu video, anda juga boleh menambah muzik latar dan kesan bunyi khas.

Selain itu, anda juga boleh menambah sticker untuk menaikkan seri video serta menjadikan ia lebih playful dan meriah.

3) Splice

Aplikasi yang popular dalam kalangan pengguna GoPro ini malangnya tidak tersedia untuk pengguna Android.

Namun, bagi mereka yang mempunyai peranti berasaskan iOS, Splice merupakan senjata yang cukup power dalam penghasilan video.

Apa yang menariknya dengan aplikasi ini, ia tidak rumit seperti perisian suntingan video di komputer.

Paparan antara muka Splice yang cukup ringkas dan mudah.

Serba ringkas, anda boleh mengubah speed video dan menambah teks pada video.

Selain itu, fungsi muzik latar dan kesan khas juga turut ada sekali gus menjadikan ia sebuah aplikasi yang lengkap dan berguna.

4) Storybeat

Satu lagi aplikasi yang cukup penting khususnya untuk paparan video di Insta Story anda.

Seperti diketahui, fungsi Instagram Music belum tersedia di negara ini.

Sebagai pengganti, anda boleh menggunakan Storybeat untuk menambah lagu pada video Insta Story anda.

Storybeat menjadikan video Insta Story anda lebih meriah dengan elemen muzik.

Iyalah, kadang-kala kita lebih selesa memuat naik video di Insta Story sahaja.

Jadi, ia sangat penting untuk anda bagi menambah seri dan mood keseluruhan video yang dihasilkan.

Yang penting, semua aplikasi di atas boleh dimuat turun secara percuma sahaja.

Jom kita lihat, video siapa yang paling padu sempena lebaran tahun ini.

edit video , Instagram , Splice , InShot

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain