Wow! Ada teh cecah RM7,700 sekilo, ini 5 perkara paling rare di dunia - I-suke | mStar

Wow! Ada teh cecah RM7,700 sekilo, ini 5 perkara paling rare di dunia

Bukan sahaja jarang ditemui, malahan harnganya juga mahal! - BBC/Indochina Voyages

KADANG-KADANG keistimewaan sesuatu barangan itu menjadi lebih berharga kerana ia jarang atau sukar dijumpai.

Pada masa sama, lumrah manusia lebih menghargai sesuatu yang ada pada jumlah terhad kerana mampu memberikan rasa eksklusif untuk memilikinya.

Maka, tidak hairanlah harga sesetengah barangan yang 'rare' itu lebih mahal kerana ia melambangkan kemewahan dan status mereka yang ingin mendapatkannya.

Jom kita kenali lima perkara paling jarang ditemui di dunia.

Kadangkala emas turut digunakan pada bedak muka.- Indochina Voyages

1. Bumi yang dilitupi emas

Di Myanmar, emas dianggap terlalu suci dan boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk daripada ubat-ubatan tradisional kepada krim muka dan kadangkala ditambah ke dalam minuman dan makanan.

Neelakurinji mekar hanya 12 tahun sekali di Kerala. - BBC

2. Rahsia India

Salah satu bunga paling jarang ditemui di dunia adalah Neelakurinji yang mekar hanya 12 tahun sekali di Kerala, India dan melitupi bukit dengan warna ungu lembayung.

Orris menghasilkan wangian yang mahal. - BBC

3. Wangian bernilai lebih RM233,000

Orris yang mengeluarkan bauan analog semulajadi jarang didapati dan permintaan tinggi terhadap pengeluaran aroma itu menjadikannya antara haruman yang mahal.

Bulu burung eider digunakan untuk menghasilkan duvet. - BBC

4. Duvet bernilai RM62,000

Beberapa penduduk Norway mengekalkan tradisi menternak burung eider di selatan Bulatan Artik dan mengeluarkan duvet yang paling mendapat permintaan tinggi di dunia.

Teh ini bernilai RM7,700 sekilogram. - BBC

5. Teh mistik bernilai RM7,700 sekilogram

Pekerja di ladang teh biodinamik pertama di dunia yang terletak di banjaran Himalaya perlu menunggu sehingga beberapa planet berada di kawasan yang sama di langit untuk memetik teh termahal di India. - BBC

paling jarang ditemui

Artikel Lain