suria

Jangan beri ubat dimakan manusia kepada haiwan kesayangan anda!

Sekiranya kucing anda sakit adalah lebih baik bawa berjumpa doktor haiwan.

SIAPA yang tak bimbang kalau kucing kesayangan kita sakit, tapi tambah kronik lagi apabila ada yang sanggup berikan ubat sendiri hanya kerana mahu melihat si bulu kembali ceria.

Tetapi persoalannya, adakah ubat-ubatan yang dihasilkan untuk kegunaan manusia boleh membantu melegakan haiwan yang sakit?

Kalau ada yang pernah buat sedemikian, rasanya boleh hentikan cara itu kerana perbuatan itu sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kepada haiwan kesayangan anda!

ARTIKEL BERKAITAN: Kajian: Kucing sebenarnya tahu namanya, cuma kadang-kadang pilih buat 'dek' apabila dipanggil

ARTIKEL BERKAITAN: Penderitaan Masai sentuh hati, pengusaha pusat perlindungan cekal pertahan syurga si bulus


Ubat yang dimakan manusia tidak sesuai untuk haiwan.

Sistem badan haiwan seperti kucing dan anjing berbeza dengan manusia dan memberi mereka makan ubat yang biasa diambil manusia boleh mendatangkan bahaya.

Ini termasuk perubatan semulajadi atau tradisional seperti menyapu minyak angin atau seumpamanya sekiranya haiwan anda mengalami luka kerana ia boleh menimbulkan masalah lain.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku termasuk pendarahan dalaman, masalah neurologi, munta-muntah, cirit-birit yang boleh membawa kepada kematian.

Jadi sekiranya haiwan peliharaan anda sakit atau pun tercedera adalah lebih baik terus membawa mereka ke klinik veterinar. - Star2

Haiwan, Veterinar, Kucing

Artikel Lain