suria

20 idea aktiviti boleh buat bersama keluarga sepanjang PKP, pilih saja yang mana suka!

family mother father and children watching projector, TV, movies with popcorn in the evening at home

KERAJAAN Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri di Malaysia bagi mengawal penularan Covid-19 yang jangkitannya kian meningkat.

Dalam masa dua minggu perintah kawalan ini, operasi yang dibuka diterhadkan kepada perkhidmatan asasi atau essential services bagi menyekat penyebaran virus ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 perkara perlu dilakukan jika kenderaan sangkut dalam banjir, paling penting jangan cuba-cuba hidupkan enjin kereta

Usah khuatir dan jangan panik, mari kita sama-sama membanteras wabak ini dengan duduk di rumah! Beberapa hari sudah pun berlalu tanpa kita sedari, akan tetapi melalui fasa ini pasti akan membuat anda tidak keruan.

Di bawah adalah senarai 20 idea bagi aktiviti yang anda dan anak-anak boleh lakukan di rumah semasa PKP dilaksanakan.



Memasak bersama anak-anak antara aktiviti yang boleh dilakukan ketika PKP.

1. Keluarkan permainan papan anda.

2. Buat suatu diari bagi tujuan mencatat aktiviti harian anda sekeluarga.

3. Ini masanya untuk anda membuat kek atau biskut! Mana tahu, jika hasilnya enak, anda mungkin dapat menjana pendapatan baharu.

4. Belajar untuk membuat penyediaan makanan awal. Ini sangat berguna bagi yang harus bekerja dari rumah kerana ia menjimatkan masa ketika perlu menyediakan makan tengah hari.

5. Adakan malam menonton filem di rumah. Setiap malam, satu orang daripada ahli keluarga anda dapat memilih satu filem untuk ditonton.



Aktiviti menonton filem juga menyeronokkan.

6. Jika anda belum pernah mencuba, apa lagi, ayuh bersenam di rumah.

7. Lakukan countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang.

8. Bantu anak-anak anda dengan kerja sekolah mereka.

9. Berteka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan lego.

10. Buat suatu senarai destinasi pelancongan dalam negara yang anda ingin lawati.

11. Kemaskan rumah anda. Selongkar barangan tidak terpakai anda dan ketepikannya bagi pemberian bantuan kebajikan.



Ini masanya nak keluarkan kembali permainan papan.

12. Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.

13. Hiaskan rumah anda.

14. Berkelah atau berkhemah di laman rumah.

15. Adakan panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara anda! Jarak bersosial tidak bermakna anda tidak bersosial.

16. Rancang percutian keluarga anda di negeri tempat anda tinggal.

17. Mulakan aktiviti berkebun di rumah.



Karaoke juga menyeronokkan.

18. Cipta satu filem keluarga di rumah.

19. Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati setelah tamat tempoh PKP ini.

20. Karaoke di rumah!

Lakukan aktiviti-aktiviti ini bagi mengisi masa lapang anda di rumah sepanjang melalui tempoh sukar ini. Dengan ini, anda dan anak-anak boleh menghindari diri dari keinginan untuk keluar bersiar.

Tambahan pula, anda dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain