Kenali wanita penting di sebalik gambar lubang hitam pertama... apa dilakukannya? - Figura | mStar

Kenali wanita penting di sebalik gambar lubang hitam pertama... apa dilakukannya?

Gambar yang dimuat naik Katie Bouman di akaun Facebooknya, yang memperlihatkan bagaimana proses foto lubang hitam direkonstruksi.

SEORANG pakar komputer berusia 29 tahun, Dr Katie Bouman mendapat pujian seluruh dunia kerana usaha kerasnya dalam mengembangkan algoritme yang berjaya menghasilkan gambar pertama lubang hitam.

Pasukan yang dipimpin olehnya berjaya membuat terobosan penting yang memungkinkan usaha memotret bahagian atas lubang hitam untuk pertama kali dalam sejarah eksplorasi ruang angkasa dapat dilakukan.

Foto pertama lubang hitam, dibuat dengan menggunakan jaringan teleskop di seluruh dunia.

Foto yang menakjubkan ini menunjukkan cahaya halo yang berasal dari dari debu dan gas angkasa sedang tersedut ke lubang hitam yang berjarak 500 juta trilion kilometer dari bumi.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej pertama lubang hitam didedah

Bagi Bouman, algoritme itu wujud dari satu usaha yang sebelum ini dianggap mustahil.

Gambar Bouman dengan penuh bersemangat menunggu foto lubang hitam dimuat naik di komputernya, telah tersebar luas di seluruh dunia.

Posting Katie Bouman di Facebooknya.

Dia menulis di Facebooknya: "Melihat sambil rasa tak percaya, saat-saat foto pertama lubang hitam dalam proses rekonstruksi."

Bouman mula membuat algoritme itu tiga tahun lalu ketika dia masih menjadi mahasiswa pasca sarjana di Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Di situ, dia memimpin sebuah projek, dibantu oleh satu pasukan yang terdiri daripada Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory dari MIT, Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics dan MIT Haystack Observatory.

Foto lubang hitam ini dirakam oleh teleskop Event Horizon (EHT), sebuah jaringan lapan teleskop yang terhubung satu sama lain, yang gambarnya dimuat turun melalui algoritme buatan Bouman.

Dalam masa beberapa jam selepas foto yang monumental itu diterbitkan, nama Bouman popular di Twitter dan dibualkan secara meluas.

Dalam satu tweet ahli politik Parti Demokrat Amerika, Alexandria Ocasio-Cortez, menulis bahawa 'Bouman sudah sepatutnya mengambil tempat yang sah dalam sejarah'.

"Terima kasih untuk sumbangan anda terhadap kemajuan ilmu pengetahuan dan kemanusiaan," tulis Ocasio-Cortez.

Nama Katie Bouman menjadi bualan dunia selepas gambar lubang hitam dikongsi.

Selain itu Bouman juga dipuji oleh MIT dan lembaga Smithsonian di media sosial.

"Tiga tahun lalu, mahasiswa pasca sarjana MIT Katie Bouman memimpin pembuatan sebuah algortime baharu untuk menghasilkan gambar lubang hitam untuk pertama kalinya," tulis MIT's Computer Science & Artificial Intelligence Lab.

"Hari ini, foto itu diedarkan".

Bagaimanapun Bouman, yang kini merupakan pembantu profesor dalam ilmu komputer dan matematik di California Institute of Technology menegaskan bahawa pasukan yang telah membantunya berhak untuk mendapat pujian setaraf dengannya.

Usaha mendapatkan foto lubang hitam ini dibuat menggunakan teleskop yang terletak dari Antartika hingga Chile, melibatkan lebih dari 200 orang ilmuwan.

"Tak mungkin dapat dilakukan sendirian," kata Bouman kepada CNN.

"Ini dapat direalisasikan kerana penglibatan banyak individu dari pelbagai latar belakang."

Bagaimana algoritme Bouman mendapatkan gambar tersebut?

Secara sederhana, Bouman dan rakan-rakannya mengembangkan serangkaian algoritme yang mengubah data teleskopik menjadi foto bersejarah.

Dalam ilmu matematik dan komputer, algoritme adalah sebuah proses yang terdiri dari rangkaian aturan yang digunakan untuk memecahkan masalah.

Tidak ada teleskop tunggal yang cukup kuat dapat menangkap imej lubang hitam, maka jaringan lapan teleskop ini diatur untuk melakukannya dengan menggunakan teknik yang dinamakan interferometri.

Bersama ratusan hard disc untuk proses mendapatkan gambar.

Data yang dirakam itu disimpan dalam ratusan hard disk dan disalurkan ke pusat pengolahan data di Boston, Amerika Syarikat dan Bonn, Jerman.

Metod pemprosesan data mentah yang dilakukan Bouman ini dikatakan sangat penting dalam menghasilkan foto yang menakjubkan itu.

Bouman menjadi orang penting dalam sebuah proses uji cuba yang mana beberapa algoritme yang 'disusun dengan berbagai tanggapan berbeza' dicuba untuk memunculkan foto dari data-data yang dikumpulkan.

Hasil dari algoritme itu kemudian dianalisis oleh empat pasukan berbeza untuk memastikan bahawa hasil penemuan tersebut memang wujud.

"Kami adalah kumpulan yang terdiri daripada astronomi, ahli fizik, ahli matematik dan itulah yang diperlukan untuk mencapai sesuatu yang pada awalnya dianggap mustahil untuk dilakukan," kata Bouman. -BBC

lubang hitam , Katie Bouman , algoritme

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain