suria

Suami ‘makan luar’ punca isteri dapat HIV, tapi tetap maafkan sebab sayang! Segera bertindak jika alami 10 simptom ini

Kenali tanda jangakitan HIV dan segera buat saringan untuk mengesahkan kehadiran virus itu.

SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah pilu seorang wanita dijangkiti HIV, berpunca daripada kecurangan suaminya sendiri.

Pendedahan itu dibuat oleh suami mangsa menerusi laman Twitter pada Disember 2022 sehingga kisah tersebut meraih perhatian ramai.

Paling mengejutkan, lelaki itu berkata isterinya memaafkan kesalahan itu dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian dari tuhan, lapor portal berita Nigeria, 9News

file6o9v3vlsdom17qcuhgvs

Lakukan ujian saringan sekiranya anda mengalami tanda-tanda dijangkiti HIV.

"Cinta itu sukar. Kadang-kala tuhan menguji kita. Saya banyak kali curang ke atas isteri sendiri sehingga dijangkiti HIV dan tanpa sedar menjangkiti dia juga, tanpa isteri saya sedari.

"Kami sedar ia ujian daripada tuhan dan isteri maafkan saya, kini kami hidup gembira," ciap lelaki itu di Twitter.

Penting untuk kita tahu bahawa HIV boleh merebak melalui hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti, termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut.

Namun, kisah itu boleh dijadikan tauladan agar kita semua menjauhi gejala seks bebas, sekali gus dapat mengelakkan dijangkiti HIV.

Berikut merupakan 10 tanda jangkitan HIV yang perlu anda tahu:

1. Demam

2. Sakit tekak dan batuk

3. Sakit otot

4. Sakit kepala

5. Cirit-birit

5. Bengkak kelenjar limfa

6. Letih

7. Ruam

8. Sakit sendi

10. Turun berat badan

Menurut portal MyHealth, pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif.

file722pe949y5y3x694bna

HIV boleh merebak melalui hubungan seks bebas.

Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda HIV/AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain.

Bagaimanakah untuk mengetahui jika anda dijangkiti HIV?

Ujian saringan HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera menggunakan ‘HIV rapid test test kit’ (keputusan dalam masa 15 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan.

Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian saringan HIV. Ini bertujuan untuk mengesan awal penyakit HIV supaya kaunseling, rawatan awal dan penjagaan kesihatan dapat diberikan untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada bayi.

Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan. Kaunseling in penting supaya pesakit memahami tentang HIV/AIDS, mengurangkan risiko jangkitan dan sokongan dapat diberikan kepada mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain