Penyebaran koronavirus... Tak salah obses hal kesihatan anak! - Famili | mStar

Penyebaran koronavirus... Tak salah obses hal kesihatan anak!

ANCAMAN koronavirus sejak kebelakangan ini memang membimbangkan kerana sesiapa sahaja berpotensi terhadap jangkitan itu termasuk golongan kanak-kanak dan bayi.

Ia memang boleh buat sesiapa sahaja gelisah terutama yang mempunyai anak kecil dan sebagai ibu bapa memang menjadi tugas kita untuk melindungi mereka.

Jangan rasa bersalah jika anda obses tentang kebersihan anak sebagai langkah mencegah penularan penyakit kerana pepatah ada menyebut 'lebih baik mencegah daripada merawat'.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus masih tiada vaksin... jangan ambil mudah, ketahui langkah penting elak dijangkiti

ARTIKEL BERKAITAN: Risau terkena jangkitan penyakit? Cegah pelbagai virus dengan 5 makanan ini

Pekakkan telinga jika ada cakap-cakap belakang yang mengkritik hanya kerana anda tidak benarkan mereka memegang apatah lagi mencium anak anda atau tidak membawa anak ke majlis keluarga.

Kanak-kanak tidak patut berhubung dengan orang dewasa yang sakit. 

Ketahuilah, anda berhak melindungi bayi anda daripada dijangkiti penyakit kerana ramai mungkin tidak sedar tentang dua perkara ini yang melibatkan bayi dan kanak-kanak.

1. Bayi yang baru lahir dan kanak-kanak belum memiliki sistem imunisasi yang kuat, malah memerlukan masa selama beberapa bulan sebelum sistem itu mampu melawan virus dan penyakit.

2. Bayi terutamanya, masih belum boleh belajar bagaimana untuk melawan sebarang jangkitan, tambahan pula tubuh kecil mereka sensitif terhadap sebarang virus yang 'mendekati' mereka.

Paling menggerunkan apabila ramai yang menjadi 'pakar' kanak-kanak dengan memberi pelbagai petua dan mempertikaikan cara anda menguruskan anak.

Jangan rasa bersalah jika anda tidak mahu ikut cadangan atau petua diberikan kerana anda lebih kenal dengan ragam dan kehendak anak anda.

Sebaik-baiknya rujuk kebimbangan anda dengan doktor atau dengan ahli keluarga serta teman rapat yang anda percaya.

Koronavirus , Virus , Bayi , Kanak-Kanak , Obses

Artikel Sebelum

Obesiti… ketahui cara mengurusnya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain