suria

Lagu ‘Someone Like You’ mampu kawal kesihatan jantung, hilangkan stres

Mendengar lagu nyanyian Adele ketika kesesakan jalan raya boleh mengurangkan stres.

DUA orang saintis membuat kajian terhadap golongan wanita muda di Brazil yang memandu dan mendapati lagu nyanyian Adele dan Enya dengan versi instrumental membuat mereka jadi lebih tenang.

Lagu Someone Like You dan Hello versi piano dimasukkan dalam senarai lagu mampu membuat pemandu-pemandu yang mengalami kesesakan di jalan raya akan berasa lebih tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Duduk terlalu lama jadikan tubuh anda ‘stor lemak’

Alunan muzik lagu-lagu itu mengurangkan degupan jantung, yang mampu menghindari daripada masalah kesihatan.

Lagu Adele boleh mengurangkan stres. 

Muzik dianggap secara sedar mempengaruhi irama gelombang otak dan mengawal selia aktiviti dalam sistem saraf, menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.

Saintis tersebut merupaka kakitangan di  universiti di Sao Paulo, Universiti Oxford Brookes dan Universiti Parma di Itali.

Antara lagu-lagu yang disenaraikan dalam kajian mereka termasuk Someone Like You (Adele), Exile (Enya), Electra by Airstream serta Amazing Grace (Chris Tomlin).

"Kami mendapati ketegangan di bahagian jantung mereka berkurangan ketika mendengar lagu ketika memandu," jelas Profesor Vito Valenti.

Jalan sesak boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Valenti dan pasukannya memberi fokus kepada ukuran tahap tekanan jantung pendengar.

Apabila seseorang berada dalam keadaan stres, tubuh mereka akan membebaskan bahan kimia yang mempercepatkan jantung dan membawa kepada tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko merosakkan keradangan atau serangan jantung pada orang yang sudah mengalami penyakit serius.

Tempoh yang berpanjangan keradangan atau tekanan darah tinggi boleh membuat seseorang lebih cenderung untuk mengembangkan penyakit jantung, kegagalan jantung atau demensia mahupun  mengalami strok.

Muzik, stres, Adele, Someone Like You

Artikel Lain