suria

Sila ambil perhatian, ada 4 sebab ubi kentang bertunas, berwarna hijau bahaya dimakan!

Ubi kentang yang disimpan terlalu lama biasanya akan mengeluarkan tunas dan bertukar menjadi warna hijau.

UBI kentang yang disimpan terlalu lama dalam peti sejuk biasanya kita tidak akan terus buang walaupun ia telah bertukar warna hijau dan tumbuh tunas.

Selalunya kita hanya akan memotong bahagian hijau atau tunas itu kerana ingin mengelakkan pembaziran.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak hanya bermanfaat sebagai pelengkap masakan, ketahui 5 keajaiban bunga lawang

Tapi sebenarnya adakah ubi kentang itu selamat dimakan? Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan adalah lebih baik ia dibuang sahaja.

Ubi kentang yang sudah bertukar warna hijau sebaik-baiknya dibuang. 

Kenapa perlu dibuang? Ini empat sebabnya;

1. Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.

2. Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.

3. Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan mengambilnya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.

4. Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.

Jadi, sebelum membeli, pilih kentang yang mempunyai permukaan licin, tidak berwarna hijau dan tiada tunas yang tumbuh.

Ubi Kentang, Tip, Keracunan

Artikel Lain