suria

Lebih bersih sudah pasti, semak 5 kebaikan apabila anda pilih masak sendiri di rumah

Memasak sendiri hidangan anda mempunyai pelbagai kebaikan.

RAMAI antara kita mungkin tiada masa untuk memasak di rumah dan lebih gemar membeli makanan segera atau dari restoran bagi menjimatkan masa selepas seharian sibuk di pejabat.

Tapi malangnya, makanan di luar kebanyakannya tinggi kandungan lemak dan garam bagi menjadikan sesuatu hidangan itu lebih enak selain mendatangkan ketagihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran makan pedas, siapa yang tak patut cuba? Doktor kata cili bantu kuruskan badan

Tidak salah menikmati makanan seperti nasi lemak, roti canai mahupun manisan tapi apa kata buat sendiri di rumah? Dengan cara itu anda boleh mengawal penggunaan bahan-bahan seperti gula dan garam dalam menjadikannya ia lebih sihat.

Ia juga sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan seperti senarai di bawah:

1. Masak sendiri lebih murah

Makanan di kedai walaupun memudahkan namun kebanyakannya mengenakan harga yang mahal. Jika masak sendiri di rumah ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah ia boleh dimasak dalam kuantiti lebih banyak dan disimpan.

2. Dapat habiskan masa bersama keluarga

Makan di rumah bukan sahaja menjimatkan tapi dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti memasak juga boleh menjadi menyeronokkan apabila turut dibantu oleh suami dan anak-anak.

Secara tidak langsung, anda boleh mengajar anak-anak anda tentang resepi baharu.

3. Pengawalan bahan perasa

Kebanyakan makanan yang dijual di luar mengandungi bahan perasa yang tinggi. Jika masak di rumah, anda sendiri boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan sekali gus mengawal bahan perasa yang digunakan.

Dengan cara itu, makanan anda bukan sahaja lebih sihat tetapi mengikut citarasa anda.

4. Perancangan lebih teratur

Memasak sendiri membolehkan anda merancang menu kegemaran anda sekeluarga sepanjang minggu. Cara itu juga boleh menyeimbangkan diet anda.

Jika jadual anda padat, inilah waktu untuk merancang menu dan sediakan hidangan yang boleh disimpan dalam peti sejuk beku dan tinggal untuk dipanaskan sahaja.

5. Faktor kebersihan

Kita sendiri tidak tahu sejauh mana tahap kebersihan makanan di restoran, apabila memasak sendiri di rumah ia lebih bersih dan selamat selain terhindar daripada sebarang penyakit termasuk keracunan makanan. - Star2

Artikel Lain