Alha Alfa risau fikirkan wang hantaran, tapi kata-kata bakal mentua memang tak disangka “Masih ada insan ikhlas” - Famili | mStar

Alha Alfa risau fikirkan wang hantaran, tapi kata-kata bakal mentua memang tak disangka “Masih ada insan ikhlas”

Datuk Alha Alfa dan tunangnya Noor Azlin bakal disatukan sebagai suami-isteri pada September depan. Foto Instagram @alhaalfa

ISU wang hantaran sering menjadi perdebatan hangat malah baru-baru ini seorang gadis dikecam teruk di media sosial gara-gara meminta sekurang-kurangnya RM15,000 kerana mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda.

Namun berlainan pula bagi pasangan usahawan Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau dikenali sebagai Alha Alfa, 31, yang berkongsi kisah menarik ketika ingin melamar bakal isterinya, Noor Azlin Ismail.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini dikecam gara-gara cakap tak serupa bikin, “Ikut lelaki mampu, tapi I ada degree paling kurang RM15,000”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada barang hilang kami sekeluargalah dituduh mencuri” - Alha Alfa dedah perit hidup miskin selepas hadiahkan ibu kereta Merc

Cerita Alha, ketika dia menghubungi ibu Azlin bagi meminta izin untuk menghantar rombongan meminang, dia terkejut apabila wanita itu tidak menetapkan sebarang harga sebagai wang hantaran.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 29 Disember tahun lalu di Taiping, Perak. 

Sebaliknya, bakal ibu mentuanya itu melahirkan rasa syukur kerana Alha sudi memperisterikan anak kesayangannya dan meminta dia sendiri berbincang dengan Azlin tentang wang hantaran.

"Detik paling merisaukan apabila telefon mak beliau minta izin untuk lebih serius dan nak masuk meminang. Telefon nak tanya berapa wang hantaran.

"MashaAllah mak beliau cakap saya nak ambil anak dia sebagai isteri pun dah syukur dan tidak kisah tentang wang hantaran, malahan dia minta saya berbincang dengan Azlin sendiri," katanya.

Alha dan Azlin, 23, mengikat tali pertunangan pada 29 Disember tahun lalu di kediaman wanita itu di Taiping, Perak dan pasangan itu dijangka disatukan sebagai suami-isteri pada 29 September depan.

Dalam pada itu, Alha berkata, selepas berbincang, Azlin juga tidak meletakkan sebarang amaun tertentu sebaliknya hanya meminta senaskhah al-Quran.

Alha memberitahu dia terkejut apabila bakal ibu mentuanya tidak kisah mengenai soal wang hantaran.

"Terharu saya apabila dia kata begitu dan memberitahu tidak bagi apa-apa pun tidak mengapa. Syukur, masih ada rupanya insan yang ikhlas," katanya.

Pun begitu, gurauan Azlin untuk menyarungkan baju rekaan Datuk Rizalman Ibrahim pada hari bahagia mereka nanti ditunaikan Alha apabila dia membuat kejutan membawa tunangnya itu ke butik pereka fesyen terkenal itu.

Kalau ukuran hantaran itu dibuat melalui taraf pendidikan tak semua mampu, sudahnya ramai lelaki-lelaki takut nak kahwin dengan perempuan bijak sebab takut hantaran tinggi.

DATUK ALHA ALFA

USAHAWAN

Kata Alha, meskipun ia sekadar gurauan namun sejak itu dia tekad untuk menyimpan wang dan berusaha menunaikan hasrat bakal isterinya itu.

"Alhamdulillah semalam senyap-senyap Alha bawa dia ke butik untuk berjumpa dengan Datuk Rizalman dan syukur semuanya berjalan lancar," ujarnya.

Sementara itu, Alha berkata, sekiranya seseorang wanita itu ikhlas, soal wang hantaran tidak akan menjadi isu kerana pihak lelaki akan berusaha sedaya upaya dalam membuat persediaan perkahwinan untuk menggembirakan bakal isteri mereka.

Alha bersyukur dipertemukan dengan Azlin. 

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu sekiranya wujud persefahaman di antara kedua-dua belah pihak kerana paling penting kehidupan selepas berkahwin.

"Sepatutnya selepas berkahwin kita nak gembira, bahagia... kalau hantaran lepas untuk kenduri pun dah ok.

"Kalau ukuran hantaran itu dibuat melalui taraf pendidikan tak semua mampu, sudahnya ramai lelaki takut nak kahwin dengan perempuan bijak sebab takut wang hantaran tinggi.

"Apa yang lebih penting untuk difikirkan adalah selepas berkahwin nanti lagi banyak duit akan digunakan untuk kehidupan bersama," ujarnya.

Alha Alfa , wang hantaran , tunang , mentua

Artikel Berkaitan

Artikel Lain