'My Rendang Isn't Crispy' judul buku masakan sulung bekas peserta Masterchef UK - Famili | mStar

'My Rendang Isn't Crispy' judul buku masakan sulung bekas peserta Masterchef UK

Zaleha bersama buku masakan pertamanya, My Rendang Isn't Crispy. Foto Facebook THAT RENDANG LADY

SETAHUN lalu nama Zaleha Kadir Olpin menjadi sebutan ramai apabila juri program Masterchef UK tidak menyukai rendang yang dihidangkannya kerana ayam digunakan dikatakan tidak cukup 'crispy'.

Namun itu cerita lama kerana kini Zaleha, kembali mendapat perhatian ramai tetapi kali ini menerusi buku resepi pertamanya dan tajuknya? Sudah tentu 'My Rendang Isn't Crispy!

"Saya tidak dapat gambarkan betapa terujanya saya ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup, Ini Jawab Najib, Tun M

ARTIKEL BERKAITAN: Chef 'rendang crispy' pulang ke tanah air

"Selepas berbulan-bulan bekerja keras akhirnya saya berjaya memegang buku resepi ini, saya harap anda akan menyukainya," kata wanita berusia 49 tahun ini menerusi Facebook.

Zaleha mencipta nama selepas menyertai Masterchef UK.

Pada April tahun lalu, Zaleha tersingkir daripada program itu apabila jurinya, Gregg Wallace tidak berpuas hati dengan Nasi Lemak Rendang Ayam yang disediakannya kerana ayam dikatakan tidak cukup rangup.

Komen Gregg itu mendatangkan kemarahan masyarakat Asia terutamanya di Indonesia, Singapura termasuk Malaysia yang menganggap ulasan juri tersebut sebagai mengarut.

Malah ahli politik berlainan parti turut bersatu dalam mempertahankan rendang yang dimasak Zaleha di media sosial.

Bekas Menteri Luar Negara, Datuk Seri Anifah Aman misalnya turut mengucapkan tahniah kepada Zaleha kerana berjaya menyatukan masyarakat Malaysia daripada pelbagai parti politik.

My Rendang Isn’t Crispy bakal berada di pasaran bermula 1 Julai di Asia dan 16 September di Britian.

Penerbit buku itu, Marshall Cavendish memberitahu buku resepi itu adalah penghormatan Zaleha kepada juadah yang sering disediakan ibu dan neneknya ketika dia membesar. - THE STAR

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain