Ramadan hampir berakhir, segeralah rebut 10 amalan takwa ini - Ad-din | mStar

Ramadan hampir berakhir, segeralah rebut 10 amalan takwa ini

Peniaga boleh merebut pahala bersedekah di bulan Ramadan dengan melebihkan kuantiti dan kualiti masakan. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

RAMADAN hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi dan ia seharusnya menjadi rebutan setiap umat Islam untuk memperoleh ganjaran yang dijanjikan Allah SWT.

Memetik koleksi hadis yang disiarkan di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), daripada Abu Umamah RA, beliau telah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ketika Haji Wada' dan Baginda bersabda:

"Hendaklah kamu bertakwa (takut) kepada Allah SWT, Tuhanmu dan (melaksanakan yang difardukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga (milik) Tuhanmu." (Riwayat at-Tirmizi)

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri kuat nafsu harus hati-hati mahu bercumbu di bulan Ramadan

Daripada hadis tersebut, Nabi Muhammad SAW menekankan kepentingan takwa dalam kalangan umat Baginda sebagai jaminan untuk dimasukkan ke dalam syurga.

Pendakwah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkongsi 10 amalan yang boleh dilakukan oleh kita semua untuk mendapatkan takwa khususnya di bulan yang mulia ini.

Ayuh... lipat gandakan amalan kerana Ramadan sudah berada di penghujung sedangkan kita tidak pasti adakah kita sempat menemui lagi atau tidak Ramadan akan datang.

Siapa yang jamu orang berbuka puasa, jamu kepada 100 orang, dia dapat pahala 100 puasa. Ibarat puasa seorang diri selama 100 hari.

USTAZ MOHAMED HANAFIAH

PENDAKWAH BEBAS

1. Basahkan lidah dan segarkan hati dengan zikrullah (zikir)

2. Perbanyakkan bacaan al-Quran dan tip untuk khatam pada bulan Ramadan adalah dengan membaca tiga helai muka surat setiap kali sebelum atau selepas menunaikan solat fardu.

3. Berdakwah dengan mengajak rakan bukan Islam untuk berbuka puasa di masjid, mudah-mudahan mereka dikurniakan hidayah oleh Allah SWT

4. Jangan lupa untuk berdoa sebelum waktu berbuka puasa, semasa sahur dan ketika berpuasa agar mudah dimakbulkan oleh Allah SWT

5. Rajin beristighfar kerana Allah menunjukkan jalan keluar kepada setiap kesusahan dan kesempitan serta cara untuk mengatasinya, selain diberikan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka

6. Banyakkan selawat ke atas Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi dan petang 10 kali, ia akan memperoleh syafaatku pada Hari Kiamat.” (Riwayat Tabrani)

7. Amalkan solat fardu berjemaah

8. Mengqadakan solat-solat yang ditinggalkan sebelum ini pada setiap kali menunaikan solat fardu, mengikut sekadar yang mampu

9. Terus istiqamah melakukan solat sunat Tarawih terutamanya pada 10 malam akhir Ramadan selain solat Tahajud.

10. Bersedekahlah mengikut kemampuan.

Peniaga yang berniat kerana Allah dan menjamu orang lain makan pasti akan menyediakan masakan yang lebih sedap. - Gambar hiasan/Bernama

Peniaga Ramadan harus ada niat

Mohamed Hanafiah turut berkongsi tip bersedekah bagi peniaga dan pembeli di bazar Ramadan untuk meningkatkan ketakwaan dan menggandakan pahala berpuasa.

Katanya, orang yang berniaga di bazar Ramadan hendaklah menukar niat, terutamanya mereka yang berniaga makanan.

"Selain berniat kerana Allah, niatlah untuk jamu orang makan. Kalau niat dah betul, insyaAllah masakan yang dia (peniaga) buat, dia akan buat 'extra' sedap kerana nak menjamu orang yang berbuka puasa.

"Siapa yang jamu orang berbuka puasa, jamu kepada 100 orang, dia dapat pahala 100 puasa. Ibarat puasa seorang diri selama 100 hari," katanya.

Bazar Ramadan boleh menjadi lubuk pahala melalui amalan bersedekah. - Gambar hiasan/Bernama

Beliau menasihatkan peniaga-peniaga untuk memujuk hati berniaga sambil menyediakan makanan lebih sedap daripada sudut kuantiti dan kualiti sempena Ramadan.

Jelasnya, mungkin keuntungan (duit) yang diperoleh tidak banyak, tetapi mereka akan mendapat ganjaran yang besar di akhirat.

"Jadikan bazar Ramadan tempat kita mengutip banyak pahala. Contohnya, banyakkan bersedekah.

"Sebagai pembeli pula, jangan marah-marah kepada peniaga kalau mereka lambat. Bagilah pujian sekiranya masakan itu sedap, bayar lebih daripada harga sebenar dan anggaplah ia satu sedekah," ujarnya.

Ramadan , sedekah , taqwa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain