suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jangan gitu Hidayah... Duit faraid dah masuk akaun, hutang kalah mahkamah je belum” – Ali Puteh

PELAWAK Ali Puteh meminta bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah untuk berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berunsurkan fitnah terhadap dirinya hingga mengakibatkan dia dikecam teruk oleh netizen.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata dia sudah penat dengan segala kecaman yang dilemparkan netizen dan mahu memberikan fokus kepada keluarga.

“Kepada bekas kakak ipar saya iaitu Hidayah sudah-sudahlah keluarkan kenyataan yang boleh buat orang pandang hina kepada saya serta maki hamun... pembahagian harta pun sudah dapat bulan lepas.

“Sampai bila nak biar masyarakat mengata dekat saya makan harta anak yatim? Itu tak benar, fasal hutang ya betul saya kalah kes mahkamah, tak apa saya okay, saya cuba untuk bayar,” kata Ali kepada mStar.

Dalam pada itu Ali turut meminta supaya bekas kakak iparnya itu tampil menjelaskan secara terperinci mengenai pembahagian harta milik arwah Abam yang diterima sebelum ini bagi mengelakkan timbul sebarang kemusykilan.

“Saya minta jasa baik satu saja, tolong buat video dan jelaskan mengenai faraid seperti mana yang pernah cakap pada tiga tahun lepas... di mana dulu kata tak dapat duit,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi