“Biasanya dia memang kena ‘tackle’ masa main futsal” - Abang cerita punca vokalis Azarra Band cedera - Video | mStar

“Biasanya dia memang kena ‘tackle’ masa main futsal” - Abang cerita punca vokalis Azarra Band cedera

KEADAAN kesihatan vokalis kumpulan Azarra Band iaitu Ejai Aziz yang cedera di kepala selepas terjatuh ketika bermain bola sepak masih belum pulih sepenuhnya.

Menurut abangnya Mohd Azizul Aziz, 35, keadaan lebih membimbangkan apabila sehingga kini Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz masih mengalami masalah hilang ingatakan sementara atau ‘short term memory loss’.

“Saya terus bergegas ke Hospital Sungai Buloh selepas mendapat panggilan menyatakan Ejai mengalami kecederaan serius ketika bermain bola sepak, namun saya hairan melihat Ejai berada dalam keadaan baik. Ketika itu saya mula sedar simptom hilang ingatan yang pernah dialaminya ketika terbabit kemalangan jalan raya beberapa tahun dahulu terjadi sekali lagi.

“Namun kali ini ia lebih lama, sehingga kini ingatannya masih lemah menyebabkan dia tidak dapat mengenali diri sendiri,” kata Aziziul kepada mStar.

azarra band
Semua
Hiburan
Berita
Variasi