suria

"Nak balik raya tak kesampaian" - Syafiq Farhain sayu urus kes kemalangan maut

PENYANYI Syafiq Farhain berkata pengalaman terpaksa bertugas pada hari raya pertama memang tidak dapat dilupakan sepanjang berkhidmat sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Malah menurut Syafiq, 25, masih segar dalam ingatannya apabila terlibat dalam operasi menyelamat kemalangan hingga meragut nyawa pada musim perayaan.

“Saya terpaksa bertugas di hari raya pada beberapa tahun terawal berkhidmat sebagai anggota bomba, memang sayu mengenangkan keluarga yang jauh di kampung halaman. Lebih menyedihkan apabila mendengar takbir raya daripada masjid berdekatan.

“Namun yang lebih memberi kesan kepada saya ialah sewaktu terlibat dalam operasi menyelamat satu kemalangan yang berlaku. Sayu hati tengok mangsa tak dapat balik beraya dengan keluarga," katanya kepada mStar.

syafiq farhain


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi